Rabu, 27 September 2017

Daging Goreng Berempah

♥ Assalamualaikum ♥

Daging Goreng Berempah : Kebiasaan kita bila ada stok daging mesti nak masak kari daging. Tak pun masak hitam manis. Paling simple masak je kicap. Mudahnya memasak, namum kadangkala tekak jemu dah. Asyik-asyik resepi yang sama. Malam ini cik akak kongsikan satu resepi mudah iaitu Daging Goreng Berempah.


Nak masak perlulah ada bahan-bahannya. Serius cik akak katakan di sini. Resepi yang cik akak kongsikan amatlah simple dah ringkas untuk proses penyediaannya. Tak perlukan masa yang lama, setengah jam pun boleh masak.

Bahan-Bahan Daging Goreng Berempah

  • 1 kg daging - dihiris nipis
  • 50 gram cili kisar
  • 100 ml kicap manis
  • 4 keping asam keping
  • 4 biji kentang - dibelah 4
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sm halia

Bahan Sangai & Tumbuk

  • 5 gm jintan manis
  • 5 gm jintan putih
  • 5 gm biji ketumbar

Cara Membuatnya :-

  1. Tumis bahan kisar, kayu manis dan cili kisar hingga harum. Masukkan bahan tumbuk, kacau hingga sebati.
  2. Masukkan daging, kentang, kicap manis dan asam keping.
  3. Tambah air secukupnya dan tutup periuk supaya daging mudah empuk.
  4. Apabila daging empuk, masukkan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba Daging Goreng Berempah. Resepi ni dikongsikan dalam buku kompilasi Masakan Daging.




1 ulasan:

  1. pergh..makan nasi berlaukkan ni memang tak pandang sape2 dah haha

    BalasPadam