Rabu, 27 September 2017

Resepi Kepak Ayam Goreng Kunyit

♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Kepak Ayam Goreng Kunyit : Resepi ini amatlah mudah dan lebih senang untuk diolah serta boleh dijadikan menu juadah untuk parti ulangtahun atau sebagainya. Bahan-bahan basah dan kering amat senang didapati di pasaraya berhampiran. Resepi Kepak Ayam Goreng Kunyit bakal membuka aura selera anda. 

Resepi Simple

Resepi Kepak Ayam Goreng Kunyit ini juga pastinya menjadi makanan kegemaran anak-anak anda. Jom cubakah resepi cik akak ini.

Resepi simple pastinya cukup ringkas dan alah kadar sahaja. Lihat bahan-bahan di bawah satu persatu. 

Bahan-Bahannya

  • Kepak Ayam 2 ketul (dipotong dua)
  • Satu sudu kecil serbuk kunyit
  • Satu sudu tepung gorengan 
  • Sedikit garam dan perasa
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-Cara

  • Campurkan semua bahan di atas kecuali minyak. Gaul hingga sebati. 
  • Peram berapa minit sebelum mengoreng.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana.
  • Goreng sehingga kekuningan dan pastikan ia betul-betul masak.
  • Siap dan boleh dihidangkan untuk menu anda.
Mudah sahaja kan. Tak payah risau, kau yang tak reti masak pun boleh masak jadinya. Sebab cik akak memang suka masak simple-simple begini. Namun rasanya wajib sedap.

Untuk resepi ini cik akak bagi lima bintang. Esok lusa korang cuba. Jangan lupa bagi bintang. Selamat mencuba Resepi Kepak Ayam Goreng Kunyit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan