Jumaat, 20 Oktober 2017

Resepi Daging Salai Belimbing Buluh

♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Daging Salai Belimbing Buluh : Makanan kampung pastinya lebih enak. Dan ia juga antara makanan pilihan utama masyarakat bumi Malaysia. Bila sebut sahaja makanan kampung. Terkenang dengan masak lemok cili api. Tapi malam ini cik akak nak share satu resepi menarik dan pastinya sedap. 


Daging Salai Belimbing Buluh pastinya bakal membuka selera anda. Rasa masam belimbing buluh tersebut membuatkan ianya berlainan dari resepi yang lain. Kelainan inilah menjadikan ia sebagai menu intaian rakyat pribumi Malaysia. 

Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum. Malahan pelbagai menu juga dikongsikan bersama. Rugi tak merasai makanan Pribumi Malaysia.

Untuk Resepi Daging Salai Belimbing Buluh, sila rujuk resepi di bawah.

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging batang pinang (disalai di atas bara & dipotong)
  • 200 gm belimbing buluh - dibelah dua
  • 20 cili padi - dikisar
  • 2 sm kunyut hidup - dikisar
  • 500 ml santan (1 biji kelapa)
  • 5 batang cili merah
  • Garam & gula pasir secukup rasa

Cara membuat :

  1. Panaskan kuali dan masak santan bersama bahan kisar. Kacau dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan daging, cili merah dan belimbing buluh. Kacau sekali lagi hingga mendidih dan belimbing masak.
  3. Akhir sekali, bubuh garam dan gula. Kemudian angkat dan sedia dihidang.
Selamat mencuba Resepi Daging Salai Belimbing Buluh.


1 ulasan: