Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya - cikakak.com

Ahad, 28 Januari 2018

Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Dia Pengantinku Karya  Nurfaza Alisya : Novel terbaru yang boleh didapati di laman fajar pakeer. Novel ini mengisahkan kehidupan Aimi Najwa yang amat payah mendapatkan jodoh. Namun bila dah jatuh cinta, terus tak tahu nak memilih. Dua-dua dia sayang. Ingin mengetahui kisah cinta Aimi Najwa boleh dapatkan novel ini di laman fajar pakeer. Sebelum tu boleh baca Sinopsis Dia Pengantinku. 



Sinopsis Novel Dia Pengantinku : Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.
“Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?”
Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingnnya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif. Entah di mana harus disorok wajahnya.
Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinga berdesing sebaik mendengar suara gemersik Syed Ashraf memanggilnya, “Cik Pengantin.” Gelaran yang paling benci didengarnya.
Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau namanya penuhnya Shahabudin.
Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar jua, ada perasaan bertamu di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun, sikap yang sama kedua-dua lelaki ini membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan