Tukar Template Je, Blog Macam Bersaka - cikakak.com

Selasa, 30 Januari 2018

Tukar Template Je, Blog Macam Bersaka

♥ Assalamualaikum ♥

Tukar Template Je, Blog Macam Bersaka : Berangan-angan sampai ke bintang. Blog dah tukar baju baru. Tapi edit sikit-sikit je. Maklumlah tak berapa reti nak buat blog cantik-cantik. Yang penting simple dan boleh digunapakaikan. Serius seram pula cik akak,asalan Tukar Template je, Blog Macam Bersaka. 


Jangan pula ingat cik akak yang bela saka. Hihi. Sebab cik akak tujukan kepada blog cik akak ni ahh. Macam pelik je. Tukar template je terus pageview tinggi macam Gunung Kinabalu. 

Sebelum ini, pageview blog semput tak sempat nak bernyawa. Maklumlah tuan blog sedikit sibuk dengan urusan kerja. Mahu tak mahu kena juga utamakan kerja dari blog. 

Untung badan bila blog bertukar template. Dengan cik akak sekali tersaka sama. Tertiba je rajin menaip entri. Kalau ikutkan hati sehari seminggu belum tentu nak terjah blog yang satu ni. Rugi setiap tahun bayar domain tapi tak digunapakai. 

Terkenangkan dan tersayangkan blog. Cik akak gigihkan juga menaip. Tulis-tulis publish. 

Sebenarnya cik akak tukar template pun sebab ada problem dengan template sebelum ini. Biasa template percuma. Macam-macam masalah yang dihadapi. Tunggu ada bajet dan semangat nak berblog baru cik akak beli template sendiri. Untung rugi boleh jadi blogger viral..haha..

Agaknya bila tukar template ni. Pageview pun naik mendadak. Sebulan dua bulan down balik. Biasalah adat berblog. Ada waktunya naik dan kadangkala turun. Macam berat badan kita juga. Kita kuat makan. Maka makin berisi lah kita. 😂😂😂

Tiada ulasan:

Catat Ulasan