Drama Tok Adi Screen Off Drama Tanah Kubur - cikakak.com

Ahad, 25 Februari 2018

Drama Tok Adi Screen Off Drama Tanah Kubur

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Tok Adi Screen Off Drama Tanah Kubur : Drama Tanah Kubur suatu ketika dulu memang tidak asing lagi bagi pengemar drama tv. Ianya hanya bersiaran di Astro Oasis. Setelah sekian lama tidak ditayangkan, pada bulan Mac akan datang, pelakon Nasir Bilal Khan bakal menerajui drama Tok Adi yang diarahkan oleh pengarah Rashid Sibir. 


Drama Tok Adi ini bakal ditayangkan bermula 05 Mac 2018 akan datang. Drama berantaian ini juga merupakan screen off drama Tanah Kubur. 

Manakala pelakon yang bakal membintangi watak-watak drama Tok Adi ini adalah pelakon yang pernah membintangi Drama Tanah Kubur. Selain itu juga, Drama Tok Adi bakal menampilkan pelakon Fauziah Gaos, Izzue Islam, Johan As'ari, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

Drama Tok Adi ini bakal ditayangkan sebanyak 10 episod. Setiap episod bakal disajikan dengan drama yang memberi pengajaran kepada semua penonton. Adakah drama ini, sama sekali seperti drama Tanah Kubur suatu ketika dulu.

Untuk mengetahui, apa yang bakal ditayangkan dalam Drama Tok Adi ini. Jangan lupa setkan temujanji anda bermula 05 Mac 2018 akan datang.

Sinopsis Drama Tok Adi - akan diupdate.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan