Novel Calon Suami Bukan Pilihan Karya Reeani Annur - cikakak.com

Rabu, 28 Februari 2018

Novel Calon Suami Bukan Pilihan Karya Reeani Annur

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Calon Suami Bukan Pilihan Karya Reeani  Annur : Saban bulan pastinya ada novel terbaru yang bakal di pasaran. Kali ini novel karya penulis Reeani Annur berjudul Calon Suami Bukan Pilihan. Novel ini mengisahkan seorang bernama Nadira yang terpaksa mencari suami untuk memberi laluan kepada adiknya bernikah. Selagi si kakak tak bernikah selagi itulah si adik mesti menunggu. Apakah kesudahan kisah Nadira. Novel Calon Suami Bukan Pilihan bakal memberikan anda sesuatu yang menarik.


Naskhah novel ini boleh di beli di laman http://www.penerbitanfajarpakeer.my

Sinopsis Novel Calon Suami Bukan Pilihan : Gara-gara syarat Mak Bie yang menetapkan adik tak boleh langkah bendul kakak, Nadira hadapi satu masalah besar. Kena cari calon suami dan kahwin cepat-cepat supaya Usop boleh kahwin cepat-cepat juga. Usop cadangkan Nadira kahwin dengan Azeem, lelaki yang dah lama ada hati kepada Nadira. Tapi, Nadira tak nak.
Menjadi calon suami bukan pilihan Nadira memang tak pernah mudah bagi Azeem. Sebab sebelum mereka dapat jadi suami isteri, dia dah kena reject dengan Nadira sebanyak 20 kali. Lepas dah kahwin pun Nadira tetap juga susah nak terimanya. Tapi, dia tak risau. Sebab ada macam-macam pelan memikat yang dia dah rangka. Tunggu nak jalan saja.
Memang tak seronok hidup bersama lelaki yang dia tak cinta. Nak mesra-mesra rasa segan habis. Tapi, Azeem rasa hidupnya begitu bermakna dapat jadikan Nadira sebagai isteri. Paling seronok dapat usik-usik dan nakal-nakal dengan Nadira.
“Lebih baik kau berjaga-jaga, Nad.”
“Berjaga-jaga apa?”
“Sebab tak lama lagi kau akan jadi gila bayang dekat aku sampai tahap kau tak boleh hidup tanpa aku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan