Resepi Ikan Sweet Sour Simple - cikakak.com

Ahad, 11 Februari 2018

Resepi Ikan Sweet Sour Simple

♥ Assalamualaikum ♥
Resepi Ikan Sweet Sour Simple : Hujung minggu memang waktu nak asah bakat memasak. Kononlah nak pandai masak. Tapi masak yang simple je. Hari ini menu tengah hari cik akak ialah Ikan Sweet Sour Simple. Resepi Ikan Sweer Sour Simple ini boleh intai-intai entri ini.
Ikan sweet sour simple cik akak

Resepi Ikan Sweet Sour Simple.

Bahan-Bahannya :

Bahan Asas :

  • 500gm Isi Ikan - beli kat supermarket
  • 4 sudu tepung bestari
  • 1 cawan minyak masak untuk mengoreng

Bahan Untuk Sos :

  • 3 sudu sos tomato
  • 5 sudu sos cili
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu minyak untuk menumis
  • 1 biji lada benggala - dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar - dipotong membulat

Cara Membuatnya :

Bahan Asas : 

  • Ikan tadi dipotong melebar dan disalut dengan tepung bestari. 
  • Kemudian panaskan satu cawan minyak. Dan goreng ikan bersalut tepung tadi hingga masak.
  • Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos :

  • Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang dan lada benggala tadi. Goreng hilang naik bau. 
  • Langkah kedua, masukkan sos tomato dan sos cili dan gula. Gaul hingga sebati. 
  • Biarkan mendidih berapa minit baru tutup api.
  • Sejukkan seketika baru campurkan ikan gorengan tadi. Gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Simple je kan. Sekali masak pasti nak berkali-kali buat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan