Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh Keindahan - cikakak.com

Jumaat, 2 Februari 2018

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh Keindahan

♥ Assalamualaikum ♥

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh Keindahan : Sejak zaman- berzaman, dari alam persekolahan lagi cik akak diperkenalkan dengan wangian Enchanteur. Wangian yang tidak asing lagi di mata dunia dan di persada negara. Walaupun jenama Enchantur ini adalah antara wangian yang paling lama kewujudannya. Namun siapa boleh menolak kemegahan serta wangian masih setanding dengan wangian masa kini. 

IMG_20180202_145624
Dari mata turun ke hati, wangian cinta memikat hati.


Tidak dinafikan lagi, wangian Enchanteur ini mampu lagi bertahan hingga ke anak cucu cicit kita. Tak percaya, lihatkan generasi masa kini pun telah dimomokkan dengan wangian yang berfanasi elegan kemewahan dengan nilai harga yang cukup murah.

Dari generasi turun ke generasi, Enchanteur telah mengeluarkan produk baru yang berbentuk Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Keindahan. Set Terbaru ini boleh didapati di pasaran dengan harga yang cukup mampu milik. 

Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Keindahan amat berbaloi untuk dijadikan hadiah untuk ulangtahun kelahiran, ulangtahun perkahwinan ataupun untuk majlis-majlis tertentu. Selain itu, set ini juga boleh dijadikan sebagai hantaran pertunangan. Walaupun nilainya mampu milik namun ia cukup bermakna bagi mereka memilikinya. 


Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, cik akak syorkan agar korang memilih Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Keindahan sebagai hadiah. Set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. 

Jesteru itu, Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. 

Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.

IMG_20180202_171120_785

Untuk Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan ini ia didatangi dengan 5 set yang berbeza. Maka ini peluang anda untuk menikmati satu-persatu set hadiah tersebut. Antara set yang ditawarkan adalah :-

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.  

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  

Dengan kewujudan 5 Set hadiah ini, maka tak perlu lagi risau untuk mendapatkan hadiah untuk orang yang tersayang kerana Wangian Enchanteur bakal membantu anda. 

Bagaimana pula dengan harga? Tak perlu risau bayar mahal sebab harga yang ditawarkan di pasaran adalah berbaloi-berbaloi murah. Tak percaya rujuk harga setiap satu set hadiah di bawah.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). 

ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). 

ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk ini. Boleh melayari link pautan di bawah : 

 LAMAN WEB : http://enchanteur.com.my

Hidup melaram dengan wangian,
Wangian Enchanteur menjadi intaian, 
Berkurun lama menjadi teman,
Hingga hilang ditelan Zaman.

Megah Enchanteur wangian berzaman, 
Menjadi pilihan si gadis jelita, 
Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan, 
Sesuai untuk si uda dan dara.

1 ulasan:

  1. wawah... memang sesuai tuk free gift ni... harga pun muarah...

    BalasPadam