Sinopsis Drama Melankolia - Samarinda TV3 - cikakak.com

Rabu, 14 Februari 2018

Sinopsis Drama Melankolia - Samarinda TV3

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Drama Melankolia - Samarinda TV3 : Drama berantai terbaru yang baru semalam bersiaran di kaca tv. Menggandingkan 3 tunggak utama iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof, Nonny Nadirah dab Aliff Aziz. Drama Melankolia bersiaran 10.00 malam setiap hari isnin hingga rabu. Ingin tahu kisah yang dipaparkan dalam Drama Melankolia ini, jom lihat Sinopsis Drama Melankolia.



Sinopsis Drama Melankolia : Mengisahkan Suhana, seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. 

Walau tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya. 

Tuan Hamid pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama Zain. Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’ dan mengharapkan kejayaan dalam setiap aspek. 

Tuan Hamid jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai Zain. Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. 

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Siapakah pilihan suhana, adakah Tuan Hamid atau Zain yang didambakan. Ikuti kisah cinta mereka melalui slot samarinda Melankolia.

Sumber : infotaip

Tiada ulasan:

Catat Ulasan