Novel Jangan Benci Cintaku - Emy Roberto - cikakak.com

Selasa, 3 April 2018

Novel Jangan Benci Cintaku - Emy Roberto

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Jangan Benci Cintaku - Emy Roberto / Adaptasi Novel Akang Datang : Novel Jangan Benci Cintaku - Emy Roberto antara novel yang bakal diadaptasi dalam drama akan datang. Jangan penceritaan novel ini amat menarik pada pandangan cik akak. 

Jangan Benci Cintaku by Emy Roberto from  in  category

Novel Jangan Benci Cintaku - Emy Roberto mengisahkan sepasang suami isteri yang berkahwin atas aturan keluarga. Sampai satu saat, perkahwinan mereka goyah akibat kecurangan si suami. Novel Jangan Benci Cintaku - Emy Roberto boleh dibeli >>https://www.e-sentral.com/book/info/79418/Jangan-Benci-Cintaku

Sinopsis Novel Jangan Benci Cintaku - Emy Roberto

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan. “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal ‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi….. “Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. ‘Make him fall for you!’- Damia Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah. “Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal “Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa “Mari, saya peluk.” - Shahrizal Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

1 ulasan:

  1. Agak-agak siapa ye?? Tapi ciktie rasa mestilah wife dia juga kan

    BalasPadam