Pucuk Paku Tumis Udang Kering - cikakak.com

Khamis, 3 Mei 2018

Pucuk Paku Tumis Udang Kering


Pucuk Paku Tumis Udang Kering : Pucuk Paku Tumis Udang Kering, kita bukan chef. Apa yang kita masak, kita belasah je masak. Yang penting tekak boleh terima.


Pucuk Paku Tumis Udang Kering, antara makanan yang mengangkat selera tekak. Masak sepinggan kecil pun, bertambah-tambah pula nasi putih. 

Masakan simple memang sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa. Lebih-lebih lagi jikalau lauk pauk kampung. 

Kompem terus terangkat selera.

Pucuk Paku Tumis Udang Kering, memang enak dimakan kosong sahaja. Ratah je...konon macam serupa diet..haha..

Nak resepi tak...jap..jap..

Resepi Pucuk Paku Tumis Udang Kering 

  1. Semangkuk kecil pucuk paku
  2. Sedikit udang kering
  3. Seulas bawang merah - hiris nipis
  4. Seulas bawang putih - hiris nipis
  5. Setangkai cili padi - potong kecil2
  6. Sedikit minyak
  7. Sedikit air
  8. Garam dan serbuk perasa

Untuk cara membuatnya,

  1. Panaskan minyak kemudian masukan bawang merah dan bawang putih serta cili padi.
  2. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukan udang kering. Tumis lagi dan gaul hingga sebati.
  3. Masukan pucuk paku dan tumis. Tambah sedikit air biarkan hingga mendidih.
  4. Akhir sekali tambah garam dan serbuk perasa.
  5. Hidangkan untuk makan malam anda.
Mudah sahaja. 5 minit siap....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan