Blog Sudah Berdomain Sendiri - cikakak.com

Isnin, 25 September 2017

Blog Sudah Berdomain Sendiri

♥ Assalamualaikum ♥

Blog Sudah Berdomain Sendiri : Blog sudah berdomain sendiri. Namun mood menulis masih macam dahulu. Kena uruskan yang lebih penting dulu.


Orang kata Bila Blog Berdomain Sendiri lebih lagi semangat nak menulis. Tapi lain pula bagi cik akak. Nak kata bersemangat lebih tu belum tentu. Sebab cik akak lebih fokuskan kerja dahulu dari blog.

Kalau dulu, sehari cik akak boleh update 10 entri atau berbelas entri. Tapi sekarang, nak dapatkan satu entri pun tak pasti lagi. 

Jangan kata Bila Dah Berdomain Sendiri ini hidup lebih mudah. Perjalanan cik akak masih jauh. Masih belajar dari semasa ke semasa. Untung nasib domain terbaru ini pun masih belum pasti lagi.

Tak perlu fikir untuk yang akan datang, belajar menghargai bila mendapat sesuatu. Mungkin ada nikmat yang lebih menarik menanti. 

Bila Dah Berdomain Sendiri ini memang tak dinafikan pageview meningkat lebih dari jangkaan. Bayangkan blog yang hanya ada satu entri. Dan entri ini pun kira entri kedua blog cikakak.com. Cukup baru lagi untuk membuat penilaian. 

Untuk pengetahuan korang, blog cikakak.com ini adalah blog pendua cik akak. Satu lagi blog Dunia Cik Akak memang blog kesayangan hamba. Sayang betul sampaikan tak nak tukar domain guna link blog tersebut.

Sebab dekat 5 tahun cik akak guna pakai. Hasil blogging pun boleh cecah ribu ringgit. Memang amat payah untuk kuburkan begitu sahaja. Biarlah ia menjadi kenangan dan akan sentiasa menjadi teman cik akak meluah apa yang cik akak ingin kongsi.

Mungkin ada yang terasa janggal dengan kehadiran blog cikakak.com ini. Tapi admin blog tetap orang yang sama juga. Masih juga cik akak yang dulu.

Semoga kehadiran cikakak.com ini boleh memanipulasi pembaca serta memikat pengunjung untuk bertandang....



5 ulasan: