Daging Salai Belimbing Buluh pastinya bakal membuka selera anda. Rasa masam belimbing buluh tersebut membuatkan ianya berlainan dari resepi yang lain. Kelainan inilah menjadikan ia sebagai menu intaian rakyat pribumi Malaysia.
Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum. Malahan pelbagai menu juga dikongsikan bersama. Rugi tak merasai makanan Pribumi Malaysia.
Untuk Resepi Daging Salai Belimbing Buluh, sila rujuk resepi di bawah.
Bahan-bahan :
- 1 kg daging batang pinang (disalai di atas bara & dipotong)
- 200 gm belimbing buluh - dibelah dua
- 20 cili padi - dikisar
- 2 sm kunyut hidup - dikisar
- 500 ml santan (1 biji kelapa)
- 5 batang cili merah
- Garam & gula pasir secukup rasa
Cara membuat :
- Panaskan kuali dan masak santan bersama bahan kisar. Kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan daging, cili merah dan belimbing buluh. Kacau sekali lagi hingga mendidih dan belimbing masak.
- Akhir sekali, bubuh garam dan gula. Kemudian angkat dan sedia dihidang.
Selamat mencuba Resepi Daging Salai Belimbing Buluh.
1 Ulasan
Rasa nak cuba masak juga la ..
BalasPadam