Resepi Daging Bambu Bali - cikakak.com

Jumaat, 18 Mei 2018

Resepi Daging Bambu Bali

♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Daging Bambu Bali : Resepi Daging Bambu Bali, ini boleh dijadikan sebagai pilihan menu bersahur dan berbuka anda. Resepi yang amat simple dan mudah disediakan.


Resepi Daging Bambu Bali 

Bahan-bahannya 

  • 1 kg daging - dipotong dadu
  • 300 ml minyak 
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar

  •  100 gm jintan putih
  • 50 gm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 6 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih

Cara membuat

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan daging, kicap dan garam secukup rasa.
  3. Masak daging hingga empuk. Sedia dihidang.

Ternyata amat mudah disediakan. Bahan-bahan pun senang diperolehi di pasaran. Bagi suri rumah yang ketandusan idea memasak dan inginkan kelainan pada masakan. Boleh cuba Resepi Daging Bambu Bali. 

Selain daging, resepi ini boleh diubah untuk ayam atau makan laut seperti udang, ketam dan sotong. Selamat mencuba. 

Resepi dikongi dari naskhah kompilasi masakan daging.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan