Mengisahkan Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal yang jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Nur.
Namun, percintaan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Adam. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian ini?
Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen.
Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen.
Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid.
Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam.
Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT.
Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat.
Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam? Ikuti kisah mereka dalam naskhah drama 19 episod ini, untuk mengetahui kesudahan hubungan mereka.
Bila Allah menjanjikan hidayah, tak kira seburuk mana pun perangai kita, InsyaAllah DIA pasti lebih menyayangi kita.
0 Ulasan