Tarikh Temuduga SPA Bagi Bulan November/ Disember 2018 : Untunglah kalau dapat surat panggilan temuduga. Cukup berbaloi dah bagi cik akak. Sebab antara ramai-ramai yang hadir, kitalah salah seorang yang diberikan peluang untuk berkhidmat di agensi kerajaan.
Ya...dapat surat temuduga adalah langkah pertama kita. Selebihnya kita sendiri kena usaha nak dapatkan satu jawatan yang ditawarkan. Yakinkan diri jawatan tersebut adalah milik kita.
Bekerja di agensi kerajaan ini banyak kelebihannya. Antaranya
Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak
Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah
Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)
Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)
Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
Pembantu Operasi Gred N11 (Calon Sabah) (Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan Tinggi Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan) [ Tarikh Temu Duga: 29 Oktober 2018 - 02 November 2018 ]
1 Ulasan
banyak kerja kosong tu... Tahniah pada yang dah dapat surat temuduga.
BalasPadam