Berhutang Untuk Keperluan Penting Sahaja - cikakak.com

Isnin, 4 Februari 2019

Berhutang Untuk Keperluan Penting Sahaja

Berhutang Untuk Keperluan Penting Sahaja : Tidak dinafikan lagi masyarakat kini lebih gemar berhutang untuk mendapatkan satu keperluan. Namun keperluan tersebut pentingkah bagi anda. Pentingkah dalam kehidupan harian anda. Jangan kerana inginkan pakaian berjenama, anda sanggup berhutang. Berhutang untuk keperluan yang penting sahaja. Apa yang penting, hujung bulan mampu membayar jumlah yang ditentukan. Tapi...tapi...ramai masyarakat kini lebih gemar berhutang untuk bergaya dan inginkan jenama. Menempah maut kalau anda tersenarai seperti mereka. 

Berhutang untuk keperluan penting sahaja, contohnya anda membeli mesin basuh. Nak beli cash duit mana cukup. Mahu tidak mahu kena juga hutang. Mesin basuh satu keperluan bagi kita. Kerana ia lebih memudahkan kerja seharian anda sebagai suri rumah. 

Bila hutang terlampau banyak, anda pastinya tidak mampu untuk membayar. Tagih punya tagih tapi tiada respon. Kesian individu yang menagih. Tak malukah anda yang berhutang. 

Di sini cik akak kongsi panduan untuk kita bebas dari belenggu hutang yang banyak..untuk mendapatkannya...klik di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan