Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu | Slot Akasia - cikakak.com

Selasa, 24 September 2019

Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu | Slot Akasia

♥ Assalamualaikum ♥
Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu | Slot Akasia : Drama terbaru adaptasi novel karya Farah Dariana. Akan bersiaran September ini menggantikan Drama Kau Yang pertama. 

Drama Lelakimu Yang Dulu bersiaran sebanyak 28 episod penuh. 

Gandingan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose sebagai tunggak utama. Jangan lupa mengikuti kisah mereka mulai September ini menerusi slot akasia.




Drama Lelakimu Yang Dulu
Jumlah Episod Penuh : 28 Episod
Bersiaran Mulai - 19 September 2019
Isnin - Jumaat di TV3
7.00 - 8.00 malam



OST Drama Lelakimu Yang Dulu - Takdir Tercipta ( Hafiz Suib & Adira )

Lirik Lagu Takdir Tercipta

Andai aku hanyut
Gapailah tanganku
Menuju cinta abadi yang terindah

Ku harap kita selamanya
Setia bersama
Ku tahu kau terbaik tuk diriku

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Gambaran wajahmu
Hiasi mimpiku
Ini saat termanis dalam hidupku

Kan ku pertaruhkan
Jiwa sepenuhnya
Untuk kita harungi hidup bersama

Ku harap kita selamanya
Setia bersama
Ku tahu kau terbaik tuk diriku

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Ku terus berdoa
Bersyukur pada yang Esa
Dikurnia insan sempurna sepertinya

Aku serahkan segalanya
Demi cinta setia
Moga terbina mahligai kita
Di syurga selamanya

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Kau telah tercipta
Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku

Sinopsis Lelakimu Yang Dulu : 


Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

"I nak jumpa anak I!" - Hazrul

"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya.

Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul

"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya

"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan