Benarkah Wanita Kurus Takut Gemuk

Benarkah Wanita Kurus Takut Gemuk : Jawapan cik akak memang YA. Wanita kurus ini memang takut akan kegemukan. Jadi mahu tak mahu kena kawal cara pemakanan. Sanggup tak makan berhari-hari. Hinggakan lupa diri gara-gara nak kurus.

Wanita berusia 30 tahun ke atas, akan menghadapi kegemukan bila tidak mengawal pemakanan berkhasiat. Asal sedap sahaja, mulalah ingin mencuba. Cik akak pernah mengalaminya. 

Waktu umur cik akak 20an, berat badan cik akak antara 45 - 50 kg sahaja. Saiz baju pun guna xs sahaja. Kalau guna saiz S dan M, memang nampak macam baju pinjam.

Naik umur 30an pelahan-lahan berat cik akak naik dari 51 - 60 kg. Nampak tak memang berubah 100%. 

Setiap hari gigih nak diet, tapi kurang disiplin diri. Kalau nampak makanan sedap memang tak tutup kamus diet cik akak. 

Kadangkala cik akak cuba cara IF. Cara IF ini sebenarnya mudah, tapi tidaklah semudah ABC bagi cik akak. 

Cik akak cuba teknik IF satu hari. Allah je tahu perasaan cik akak tahan lapar. Minum hanya air kosong. Makan memang tak lah. Setakat minum air kosong memang perut mana yang mampu bertahan. 

Percubaan pertama cik akak gagal. Tinggal berapa minit sahaja lagi. Cik akak dah bedal sebungkus nasi berlaukkan kari ayam. Sampai habis nasi dalam bekas tu. Memang nampak cik akak kebuluran tahap mengila. 

Teknik IF ini nampak sahaja mudah, tapi cik akak siap migrain satu kepala tu yang amat payah. Teknik IF ini kita berpuasa.

Hari kedua, cik akak tak nak dah buat IF. Kudrat rasa tak mampu. Stop dulu diet kita iktihar cara lain. Asalkan boleh turun berat badan kepada berat normal.

Untuk pengetahuan korang, berat cik akak setakat hari ini 60 kg dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi iaitu 153. Kiraan BMI cik akak berada di Overweight. 

Serius memang menyeram kalau tak mengawal cara pemakanan.

Kata orang 1001 dah cik akak buat. Tapi hasil masih kurang memberangsangkan. Tak boleh cari cik akak kena cari iktihar lain.

Akhirnya cik akak jumpa teknik yang membantu cik akak untuk mengurangkan berat badan kembali idea.



Formula Kurus antara cara yang ideal untuk mengurangkan berat badan. Teknik yang disampai pun amat mudah walaupun memakan masa yang lebih lama. Yang penting cara ini mampu memberikan wanita di luar sana tentang pentingnya kesihatan tubuh badan.

Cik akak tahu, ramai wanita kurus takut untuk gemuk. Oleh yang demikian, anda perlukan ilmu untuk mengawal cara pemakanan yang lebih berkhasiat.

Ada yang bagi pendapat, makan kena suku-suku. Suku-suku tu kalau sedap rasa mahu bertambah semangkuk dua.haha..

Anda ingin kurus tanpa mengabaikan kesihatan. Dapatkan Formula Kurus sekarang.

Dari 60 kg boleh turun ke berat ideal balik. 


Catat Komen

0 Ulasan