Cuti Perayaan Sempena Deepavali 2019 - cikakak.com

Selasa, 8 Oktober 2019

Cuti Perayaan Sempena Deepavali 2019

Cuti Perayaan Sempena Deepavali 2019 | Kementerian Pendidikan sejak awal tahun lagi dah mengeluarkan Takwim Cuti Perayaan bagi memudahkan kaum keluarga merancang untuk balik ke kampung halaman. 

Setiap musim perayaan pasti ada cuti yang diperuntukan oleh Kementerian Pendidikan. Untuk tahun 2019, kementerian memperuntukan cuti bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Deepavali.

Cuti Peruntukan Perayaan ini tidak ada gantian atau sebaliknya. Ianya melibatkan semua guru dan pelajar sahaja. Bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) tiada peruntukan cuti untuk perayaan. 

Kalau nak juga bercuti jangan lupa mohon cuti rehat tahunan. 

Jadual Cuti Peruntukan Perayaan 2019

Cuti Perayaan Deepavali 2019

Kumpulan A ( sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu )

Tarikh Cuti Perayaan 

  • 28.10.2019 (Isnin)  & 29.10.2019 (Selasa)

Kumpulan B ( Sekolah-sekolah Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tarikh Cuti Perayaan

  • 25.10.2019 (Jumaat) & 29.10.2019 (Selasa) 
  • 25.10.2019 (Jumaat) & 28.10.2019 (Isnin) - hanya Negeri Sarawak sahaja.

Dengan adanya peruntukan cuti perayaan ini, maka lebih mudah untuk bercuti balik ke kampung halaman. 

Sebarang pertanyaan atau job review boleh email cik akak - naomei83@gmail.com 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan