Hanya Guna 4 Bahan Berat Badan Anda Turun - Lemon, Halia, Asam Putih & Asam Keping

Hanya Guna 4  Bahan Berat Badan Anda Turun - Lemon, Halia, Asam Putih & Asam Keping : Tercari-cari teknik untuk kurangkan berat badan anda. Boleh cuba cara ini. Kesan sampingan kena tanggung sendiri. Ini adalah cara yang dikongsikan oleh rakan FB di page Kucing Montel. 

Cik akak pun nak cuba juga cara ini. Sebab bahan-bahan pun senang didapati di kedai dan supermarket berhampiran. Untung lah jimat pun jimat. Teknik macam inilah dinama DETOX. 

Sepertimana yang kita sedia maklum, Lemon adalah antara buah yang mempunyai khasiat yang tersendiri. Mungkin anda cuma tahu, Lemon boleh mengurangkan berat badan. Ya, memang membantu mengurang berat badan.

Antara khasiat lain Lemon adalah : -


  • Mengakalikan Tubuh Badan
- Bila kita makan tanpa mengawal pemakanan yang sihat. Tubuh badan akan mengandungi asid yang berlebih. Asid berlebih dalam badan ini akan mengganggu fungsi dalam badan dan akan mengakibatkan kanser. Walaupun Lemon bersifat asid (masam) namun ianya mampu mengakalikan tubuh badan dan darah. Selainb itu juga Lemon membantu memastikan kesimbangan PH dalam badan.
  • Mencantikan Kulit
- Kandungan vitamin C pada Lemon memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat dan sebagai antioksidan mencegah penuaan pramatang serta membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
  • Membantu Penghadaman
- Air suam membantu memberasang saluran penghadaman dan memberangsang pergerakan usus. Lemon pula di percayai dapat mengaktifkan dan membersikan organ hati.
  • Membantu Proses Penyingkiran Toksin
- Cara pemakanan yang kurang sihat akan mendatangkan toksin yang berlebih. Toksin yang berlebihan akan membinasakan organ hati. Lemon antara bahan semulajadi yang mengandungi asid sitrik yang membantu proses detoxsifikasi.
  • Mmbantu Mengurangkan Berat Badan
- Memang sejak azali lagi, kita mengetahui khasiat penting Lemon ini ialah membantu mengurangkan berat badan. Oleh yang demikian, disarankan agar anda mengamal meminum air Lemon setiap pagi. Meminum air Lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak yang berlebihan.

Kurang Berat Badan Dengan Minum Air Lemon 4 Bahan ini.


Image may contain: food


Bahan-Bahan Diperlukan
    • 1-2 biji lemon
    • Halia seketul ikut kesesuaian
    • 3-5 keping asam keping
    • 5-7 biji asam boi putih

    Cara Membuat :-


    1. Basuh bersih semua bahan tadi. Kemudian, toskan.
    2. Siap basuh dan potong bahan-bahan tadi. Masukkan air sebanyak 5 cawan. Rebuskan semua bahan-bahan tadi.
    3. Biorkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan. Kacau sebati. Tutup api. Biarkan sejuk suam-suam gitu. Hihi.
    4. Bila dah sejuk bolehlah simpan yang lebih dalam peti ais tau. Nanti nak minum keluarkan je. Biarkan habis suhu sejuk tu dulu baru boleh minum.
    5. Amalkan minum pagi dan petang selepas makan malam.


    Catat Komen

    0 Ulasan