Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral

Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral : Sebenarnya drama ini telah pun ditayangkan pada tahun 2017. Lakonan Fattah Amin dan Niena Baharun sebagai tunggak utama. Pada tahun 2017, Drama Dia Anak Jeneral ditayangkan menerusi rangkaian tv2. 

Manakala, drama ini sekali lagi diulangtayang di TV9. Menariknya drama ini ialah mengisahkan kehidupan Syirin yang terpaksa menuruti kehendak ayahnya. Hinggakan soal perkahwinan pun ayahnya tentukan calon. 

Tapi Syirin dalam meminati  Zakhif seorang kontraktor upahan ayahnya Hambali. Apakah kesudahan kisah cinta syirin dan Zakhif, ikuti kisah mereka dalam drama 26 episod penuh ini. 

Untuk mengetahui, kesudahan kisah mereka, bolehlah menonton di youtube. 




Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral : KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur. Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu. Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad. “Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.” Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Catat Komen

0 Ulasan