Sinopsis Ejen Ali Movie - cikakak.com

Sabtu, 30 November 2019

Sinopsis Ejen Ali Movie

Sinopsis Ejen Ali Movie : Ejen Ali Movie merupakan Filem Animasi Tempatan yang kini bersiaran di seluruh pawagam Malaysia. Rata-Rata peminat celik mahupun dewasa amat mengemari kartun animasi ini.

Ejen Aji mula ditayangkan berapa tahun yang lepas. Setiap episod menampilkan kisah yang berlainan.

Bagi yang meminati watak ejen Ali dan rakan-rakannya bolehlah singgah di pawagam berhampiran. 

Sinopsis Ejen Ali Movie

Mengisahkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik, Cyberaya, daripada ancaman luar.
Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukan satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa IRIS atau Infinity Retinal Intelligence System. Ia diubahsuai menjadi IRIS Neo dan boleh dikawal serta digunakan oleh ejen lain. Inovasi baharu itu dipersoalkan oleh Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.
Pada saat itu, dia didatangi individu misteri yang mendakwa mengetahui kisah silamnya. Ketika itu juga bermula pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan