Sinopsis Drama Camelia | Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Camelia | Slot Samarinda TV3


Image result for drama camellia slot samarinda


Sinopsis Drama Camelia | Slot Samarinda TV3 - Mengisahkan sebuah keluarga yang porak peranda kerana perangai anak-anak yang suka meroyan. Mariam tertekan sejak kecil kerana dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak ayah dan abang angkatnya Malik berada di pihaknya, Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga buat Mariam trauma.

Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'Split Identiti'. Identiti yang mahu kelihatan lebih cantik dari Marina. Identiti yang bernama Camelia.

Camelia mula menguasai diri mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan Camelia.

Nampak gayanya konflik Mariam mencari diri-sendiri perlukan sokongan suaminya Malik. Berjayakah Malik mengembalikan Mariam sebelum Camelia menguasai diri Mariam.

Ikuti kisah mereka dalam drama Camelia yang akan bersiaran pada 16 Januari 2020 menerusi Slot Samarinda.

Catat Komen

0 Ulasan