Resepi Spaghetti Bolognese

Resepi Spaghetti Bolognese : Duduk rumah sahaja, pelbagai menu masak yang pasti dicari. Maklumlah hari-hari makan nasi tekak macam tak boleh terima dah. Bukan setakat tekak, menakutkan bila berat makin naik.

Kebiasaan cik akak bila berhujung minggu, memang jarang masak nasi. Mesti tukar menu lain. Macam Spaghetti Bolognese atau menu lain.


Spaghetti Bolognese  ni cik akak buat cara cik akak sendiri. Mudah dan ringkas. Bahan-bahan biasa sahaja. 

Hari ini cik akak kongsi Resepi Spaghetti Bolognese .

Hasil Resepi Spaghetti Bolognese  cik akak.

Resepi Spaghetti Bolognese 

Bahan-bahan : 





4 bahan asas di atas. Beli je kat supermarket

Caranya - 

  • Isi ayam potong dadu dan rebus bersama bawang putih dan halia. Rebus kosong sahaja tak perlu tambah garam.
  • Sebungkus spaghetti direbus. Rebus dengan kuantiti air yang banyak dan tambah sedikit minyak.

Bahan Tumis :

  • Panaskan kuali, tambah sedikit minyak. Kemudian masukkan pes tomato prego. Slowkan api, kacau hingga minyak pecah. 
  • Kemudian masukkan ayam direbus tadi. Gaul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan cedawan butang tadi. Pastikan cendawan tersebut dihiris kecil-kecil. 
  • Kuah Resepi Spaghetti Bolognese dah siap. Boleh dihidangkan.

Catatan : toskan spaghetti rebus tadi. 





Catat Komen

1 Ulasan