150 Kekosongan Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

150 Kekosongan Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 - Bagi yang tercari-cari jawatan kosong dan ingin berkerjaya sebagai penjawat awam boleh memohon jawatan 150 Kekosongan Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1. Permohonan hanya secara online di atas talian. Tak perlu hantar borang atau dokumen. Yang penting isian secara online lengkap dan ditekan butang hantar.

Terdapat 150 Kekosongan Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 dan 20 Simpanan sedang dicari. Berminat boleh layari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Link web : https://www.spa.gov.my

Kelayakan memohon jawatan 150 Kekosongan Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1  ialah

 Syarat Lantikan:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Grd T1: RM1,441.00); atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).
  • Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

  • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Senarai Tugas/ Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.
Tarikh tutup permohonan pada 12 Julai 2020.

Baca «« 


Catat Komen

0 Ulasan