Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi Gandingan Khai Bahar & Riena Diana

Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi Gandingan Khai Bahar & Riena Diana | Slot Lestary terbaru yang akan menggantikan Drama Covid Oh Covid yang tamat pada 23 April 2021. Drama berjudul Kisah Cinta Rumi ini akan mengandingkan Khai Bahar dan Riena Diana sebagai tunggak utama.

Slot Lestary Terbaru Kisah Cinta Rumi ini mulai siar 24 April 2021.

Drama Kisah Cinta Rumi mengisahkan pasangan kekasih yang dihalang oleh ibu bapa apabila mengetahui kisah hidup teman lelaki anaknya. Pelbagai cara digunakan untuk memisahkan pasangan tersebut. Ikuti kisah duka dan cinta mereka dalam Drama Kisah Cinta Rumi yang bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu menerusi Slot Lestary TV3.


Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi

Sejak usia muda, Mika diajar oleh bapanya, Mahmud untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Dia terlibat dalam aktiviti haram untuk menyara hidup mereka. Dia dibesarkan di kawasan Chow Kit dan menghabiskan banyak masa dengan anak-anak jalanan dan nakal. Runisa, seorang gadis berusia 23 tahun selalu tidak bersetuju dengan ibunya, Puan Haniza dan adiknya, Raihana yang terlalu mementingkan status. Pertemuan yang tidak disengajakan itu menimbulkan rasa cinta antara mereka dan ini membuatkan Puan Haniza tidak senang. Dia mencuba pelbagai cara untuk memisahkannya.


Catat Ulasan

0 Ulasan