Bayaran iSinar Bulan Mei Bermula 03 Mei 2021 (ISNIN)

Bayaran iSinar Bulan Mei Bermula 03 Mei 2021 (ISNIN) : Dengan masalah kehilangan pekerjaan ramai yang mengharapkan pengeluaran duit simpanan KWSP mereka. Jesteru itu, penerima KWSP berharap agar kerajaan melanjutkan lagi tempoh pembayaran. Dengan adanya pembayaran tersebut maka dapatlah membantu mereka membeli keperluan harian dan membayar hutang atau sewaan rumah.


Bagi bulan Mei 2021, Bayaran iSinar mulai dibayar pada 03 Mei 2021 (Isnin). Pembayaran diagihkan secara berperingkat. Bagi penerima kategori 1, anda boleh menyemak akaun anda mulai hari ini. 






Pembayaran i-Sinar bulan Mei akan bermula pada

3 Mei 2021.


Seperti yang kita tahu, pembayaran i-Sinar bagi bulan April telah pun melabuhkan tirai. Jika terdapat keciciran, mohon penerima menghubungi cawangan KWSP terdekat. 

Dan kini, pembayaran bagi bulan Mei 2021 pula yang ditunggu-tunggu oleh penerima.


Seperti mana yang kita sedia maklum, i-Sinar merupakan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat sewaktu pandemik Covid-19 melanda. 


Bagi membantu penerima iSinar,  pembayaran i-Sinar bagi bulan Mei ini lebih awal berbanding bulan April.


Pembayaran i-Sinar Bulan Mei Kategori 1&2


Pembayaran i-Sinar masih sama seperi sebelum ini iaitu pembayaran akan didahulukan kepada Kategori 1 dan setelah itu Kategori 2.


Pembayaran untuk bulan Mei pula dijangkakan akan bermula pada 3 Mei 2021 iaitu pada hari isnin.


Sedia makluman bahawa pembayaran adalah mengikut kumpulan/ batch masing-masing.


Jadual Pembayaran i-Sinar Mei 2021




Sekiranya pembayaran bermula pada 03.05.2021.

 Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 1/4/2021 yang lalu.

Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4/5/2021 maka penerima pada 2/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.

Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 5/5/2021 maka penerima pada 5/4/2021 lalu akan menerima pembayaran tersebut.

Dan begitulah seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut kumpulan/batch masing-masing.

Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu. (Tidak Dinyatakan)

Catat Ulasan

0 Ulasan