Ahad, 19 November 2017

Novel Abang Mekanikku Karya Ana Sofiya

1:00 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥
Novel Abang Mekanikku Karya Ana Sofiya : Tajuk novel ini yang membuatkan cik akak teringat encik abg. Macam-macam je tajuk novel. Novel Abang Mekanikku ini mengisahkan kisah Aira. Aira yang mempunyai personaliti yang menarik tapi bongkak dan sombong dengan nilai wang ringgit. Dipertemukan dengan Adham yang hanya berkerjaya sebagai seorang mekanik. Bagaimana kisah seterusnya.
Sinopsis Novel Abang Mekanikku : Kali pertama mereka bertemu, Aira dah semai perkataan anti dalam hati. Jumpa kali kedua pula, dia sembur serbuk lada pada mata jejaka itu. Kali ketiga pula dia benar-benar dah tak boleh tahan. Baginya, orang itu memang lelaki tak bertamadun, tak ada pelajaran dan kekwat!
“Haila, abang mekanik oi. Miskin sangat ke awak ni? Sebab itu awak terpaksa buat dua tiga kerja dalam sehari, eh? Tulah! Dulu-dulu masa mak bapak suruh belajar, malas. Kan dah kerja mekanik aje? Lepas tu kena tampung dengan jual burger pulak. Isk, isk, kesiannyalah.” ~ Aira.
Bagi Adham pula, Aira hanya anak orang kaya yang berlagak. Yang kerjanya nak habiskan duit emak bapak. Tengokkan lagak, memang tak akan masuk dalam senarai calon menantu mak. Namun, mereka ditemukan sebagai cikgu dan anak murid. Bermulalah sesi bersoal jawab dan uji-menguji. Dalam tak suka, terus Aira jatuh cinta.
“Mak ai, boleh pulak dia cakap lembut macam gitu, eh? Aduh, abang mekanik. Kamu buat iman gue goncang-goncangan dong! Argh! Mak, Aira nak dia!” ~ Aira.
“Aira, terima kasih kerana sudi suka saya. Tapi saya tak boleh balas. Saya tak dapat nak sebut tiga perkataan tu pada awak.” ~ Adham.

Cinta enggan dibalas. Ada kisah silam yang mencengkam fikiran. Namun kalau godaan demi godaan Aira berikan, mampukah Adham menepisnya?
Aira tak peduli. Hati Adham harus ditakluki. Berjayakah dia?
Dan, Adham? Dapatkah bertahan?
Mungkinkah akan bersatu? Mereka tidak sekufu. Pasti ada duri dan ranjau. Pasti ada ruang dan jurang menjadi batas pemisah antara bahagia dan derita untuk hidup bersama. Tapi, Aira nak abang mekanikku itu saja, okey!

Ahad, 5 November 2017

Resepi Rendang Sumbar

8:26 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Rendang Sumbar : Dah lama cik akak tak berkongsi resepi di blog ini. Kali ini cik akak ingin berkongsikan Resepi Rendang Sumbar. Kelainan resepi rendang sumbar ini bakal mengangkat keenakkan rasanya. 


Untuk Resepi Rendang Sumbar boleh rujuk satu-persatu bahan.

Bahan-Bahan :

  • 1kg daging - dipotong kecil
  • 100 gm kerisik
  • 1 1/2 liter santan (4 biji kelapa)
  • 2 batang serai - dititik
  • Sedikit buah pelaga
  • Sedikit kayu manis

Bahan Hiris

  • 4 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit

Bahan Kisar

  • 200 gm cili kisar
  • 12 biji cili api
  • 12 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 7 sm lengkuas
  • 5 sm halia
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh buah pala

Cara Membuatnya

  • Gaul dan perap daging bersama separuh bahan kisar selama 30 minit. Ketepikan.
  • Tumis baki bahan kisar, buah pelaga dan kayu manis.
  • Masukkan santan, bahan hiris dan serai. Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan daging dan kacau hingga daging empuk.
  • Masukkan kerisik. Kacau rendah hingga kuahnya kering. Sedia dihidang.

Selesai dan selamat mencuba. 


Sabtu, 28 Oktober 2017

Resepi Kuih Lidah Simple

8:22 PTG 1
♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Kuih Lidah Simple : Hujung minggu ni korang tak buat apa-apa kan. Apa kata korang cuba resepi simple Kuih Lidah. Boleh juga buat menu minum petang anda.

Google imej
Kalau dah nama resepi simple. Bahan-bahan pun senang didapati. 

Resepi Kuih Lidah Simple

  • 1 kilo tepung gandum
  • 2 biji telur ayam
  • Air campur garam
  • Tepung jagung
  • Minyak masak

Cara membuatnya :-

  • Tepung jagung digaul bersama sedikit minyak. Ketepikan.
  • Tepung, telur digaul rata di dalam bekas lain. Masukkan air sedikit-sedikit. Biar sampai sebati. 
  • Kisar adunan dengan mesin mee. Bila rata, sapu atasnya dengan tepung jagung bercampur minyak tadi. Kemudian gulung dan potong anggaran satu inci. Kisar lagi dan potongan dengan mesin mee.
Selamat mencuba. Simple dan amat mudah disediakan. Goreng dan boleh taburkan sedikit gula halus untuk proses hiasan..hihi






Selasa, 24 Oktober 2017

Novel Akhirnya Aku Kahwin ! Karya Herna Diana

10:29 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Novel Akhirnya Aku Kahwin ! Karya Herna Diana : Novel ini bukan novel yang bakal diadaptasi dalam drama. Tapi novel ini mempunyai tajuk yang cukup menarik. Novel ini mengisahkan si gadis yang bernama Didi yang periang dan tidak kisah pada pandangan orang. 


Tajuk Novel : Akhirnya Aku Kahwin
HARGA RM 19.90
KATEGORI NOVEL
PENULIS HERNA DIANA
HALAMAN 496
BERAT 350 gram
TARIKH TERBIT 28 SEPTEMBER 2011


SINOPSIS NOVEL AKHIRNYA AKU KAHWIN : Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Jumaat, 20 Oktober 2017

Resepi Daging Salai Belimbing Buluh

9:46 PTG 1
♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Daging Salai Belimbing Buluh : Makanan kampung pastinya lebih enak. Dan ia juga antara makanan pilihan utama masyarakat bumi Malaysia. Bila sebut sahaja makanan kampung. Terkenang dengan masak lemok cili api. Tapi malam ini cik akak nak share satu resepi menarik dan pastinya sedap. 


Daging Salai Belimbing Buluh pastinya bakal membuka selera anda. Rasa masam belimbing buluh tersebut membuatkan ianya berlainan dari resepi yang lain. Kelainan inilah menjadikan ia sebagai menu intaian rakyat pribumi Malaysia. 

Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum. Malahan pelbagai menu juga dikongsikan bersama. Rugi tak merasai makanan Pribumi Malaysia.

Untuk Resepi Daging Salai Belimbing Buluh, sila rujuk resepi di bawah.

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging batang pinang (disalai di atas bara & dipotong)
  • 200 gm belimbing buluh - dibelah dua
  • 20 cili padi - dikisar
  • 2 sm kunyut hidup - dikisar
  • 500 ml santan (1 biji kelapa)
  • 5 batang cili merah
  • Garam & gula pasir secukup rasa

Cara membuat :

  1. Panaskan kuali dan masak santan bersama bahan kisar. Kacau dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan daging, cili merah dan belimbing buluh. Kacau sekali lagi hingga mendidih dan belimbing masak.
  3. Akhir sekali, bubuh garam dan gula. Kemudian angkat dan sedia dihidang.
Selamat mencuba Resepi Daging Salai Belimbing Buluh.


Rabu, 18 Oktober 2017

Novel Kahwin Paksa Tapi Suka Karya Qhayra Qhayriesa

12:22 PG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Novel Kahwin Paksa Tapi Suka Karya Qhayra Qhayriesa : Satu lagi naskhah terbaru novel di laman fajarpakeer. Novel ditulis oleh penulis Qhayra Qhayriesa. Novel Kahwin Paksa Tapi Suka Karya Qhayra Qhayriesa boleh dibeli secara online. Jangan lupa klik laman fajarpakeer.


Sinopsis Novel Kahwin Paksa Tapi Suka : Apa? Tengku Qaizer Farhan? Xian Hui Han?”
Ternganga Rania bila dia tahu dia bakal dikahwinkan dengan anak kawan baik Tuan Hadi. Bakal suaminya itu bukan tiada rupa orangnya. Malah, berharta pula. Cuma, ada satu perkara yang buat Rania tak berapa suka dengan bakal suaminya itu.
Perangainya tak ubah macam samseng. Kalau tidak, takkanlah lelaki itu digelar samseng sepet!
Daripada tak suka, lama-lama Rania mula jatuh cinta. Tak kisahlah lelaki itu bagaimana orangnya, hatinya sudah Tengku Qaizer Farhan sepenuhnya. Apatah lagi hidupnya semakin bahagia. Tapi, bukan rumah tangga namanya jika tiada dugaan.
“Tunggulah kau Rania. Kali ini, nasib kau takkan sebaik sekarang lagi. Sampai bila-bila.”
Pertemuan Rania dengan Azie buat hati Rania mula resah. Kemunculan Ridhuan yang pernah punya kisah hitam dengannya buat Rania makin tidak senang. Apa yang harus Rania lakukan bila kisah silamnya kembali disingkap? Sanggupkah dia berdepan dengan pemusnah hidupnya demi memastikan bahagia sentiasa ada bersamanya?
Tapi, samseng sepet itu heronya. Tengku Qaizer Farhan sentiasa ada bersama Rania kerana itulah janji lelaki itu semenjak mereka menjadi suami isteri.

Sabtu, 14 Oktober 2017

Daging Paprika

10:12 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Daging Paprika : Masak daging kena pelbagaikan. Baru tekak tak jemu menjamu selera. Kalau dapat menu tu sentiasa ditukar setiap minggu. Daging Paprika antara resepi yang korang boleh cuba. 


Resepi Daging Paprika 

Bahan-bahannya : 

  • 150 gm kepingan daging
  • 200 ml stok daging
  • 100 ml minyak zaitun
  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 1 sudu teh tarragon (herba)
  • 1 sudu teh lea & perrins
  • 1/2 sudu teh paprika
  • Minyak masak
  • Garam & serbuk lada sulah secukup rasa

Cara Membuat :-

  • Perap daging dengan paprika, lea & perrins, separuh minyak zaitun dan lada sulah selama 30 minit.
  • Bakar hingga separuh masak. Ketepikan.
  • Canpurkan baki minyak zaitun, separuh bawang merah dan separuh tarragon. Gaul dengan daging.
  • Panggang dalam oven selama 35 minit pada suhu 180 c. Ketepikan.
  • Untuk sos, tumis baki bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  • Masukkan baki tarragon dan stok daging. Bubuh garam dan lada sulah. Bila kuah mendidih, angkat dan hidang. 

Resepi kali ini memang 100% dibakar. Cuma sos je yang digoreng. Korang boleh lah cuba resepi ini. 




Selasa, 10 Oktober 2017

Resepi Daging & Buah Bersos

9:42 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Daging & Buah Bersos : Kelainan sesuatu masakam adalah salah satu pemikat selera seseorang individu. Bila asyik makan menu yang sama tekak pun rasa jemu. Tengok makan je dah kenyang. Hari ini cik akak kongsikan Resepi Daging & Buah Bersos.


Daging & Buah Bersos ini adalah antara menu yang amat mudah disediakan. Malahan ia !oleh dijadikan sebagai menu temujanji pertama anda. Olahan kreativiti memang menampilkan cara masakan barat. Namun ianya amat mudah disediakan. Dan bahan-bahan pun bajet murah. 

Resepi Daging & Buah Bersos

Bahan-bahan :

  • 750 gm daging - dipotong
  • 25 gm mentega
  • 175 ml air
  • 2 biji mangga - dihiris
  • 1 biji epal - dipotong
  • 1 biji belimbing - dipotong
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan krim
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 teh lada paprika


Cara membuat :

  1. Panaskan mentega dan goreng daging hingga kekuningan.
  2. Masukkan sedikit air dan tutup kuali. Biar mendidih hingga daging empuk.
  3. Masukkan tepung yang dicampurkan bersama sedikit air. Kacau dan masak lagi daging selama 5 minit.
  4. Masukkan garam, paprika dan krim ke dalam daging. Angkat dan lapis atas buah-buahan.
  5. Bakar pada suhu 200 'C selama 8-10 minit sebelum dihidangkan.
Menarik kan menu daging & buah bersos. Cuba-cuba resepi ini. 

Isnin, 9 Oktober 2017

Rendang Mamak

11:26 PTG 1
♥ Assalamualaikum ♥

Rendang Mamak : Rendang Mamak jarang pula kita dengar kan. Nanti-nanti boleh cuba resepi Rendang Mamak ini pula. Biar ada kelainan pada menu syawal anda.


Resepi Rendang Mamak boleh ikut satu demi satu langkah di bawah. Bahan-bahan pun amat mudah didapati. 

Bahan-bahan : 

  • 600 gm daging lembu tanpa lemak - dipotong
  • 200 gm bawang merah - dihiris halus
  • 70 gm sos tomato
  • 25 gm minyak sayuran
  • 20 gm kari daging
  • 5 gm buah pelaga
  • 5 gm kulit kayu manis
  • 15 tangkai cili kering - direndam & dikisar halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara Membuat :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari hingga berbau harum.
  2. Masukkan serbuk kari, cili kisar dan sos tomato. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging bersama air. Kacau sekali-sekala hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
  4. Bubuh kicap pekat dan garam.
  5. Sedia dihidang.

Jangan lupa share resepi Rendang Mamak. Selamat mencuba.


Ahad, 8 Oktober 2017

Daging Goreng Sos Tiram

10:35 PTG 2
♥ Assalamualaikum ♥

Daging Goreng Sos Tiram : Nak masak daging ini kenalah pelbagaikan dengan menu dan resepi yang menarik. Baru tekak tak jemu. Cik akak kongsikan satu lagi resepi simple iaitu Daging Goreng Sos Tiram.


Daging Goreng Sos Tiram ini amat mudah disediakan. Bahan yang digunakan senang didapati di pasaraya berhampiran. Jom kita lihat bahan-bahan asas yang diguna kan untuk menghasilkan Daging Goreng Sos Tiram.

Daging Goreng Sos Tiram

Bahan-bahannya

  • 400 gm daging lembu - dipotong nipis
  • 200 gm kepah
  • 100 gm brokoli
  • 50 ml minyak masak
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 cawan air rebusan kepah
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu teh sos tiram
  • 2 sudu teh kacang tanah - dibakar & ditumbuk
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Garam & serbuk lada sulah secukup rasa

Cara membuat

  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, daging dan kicap cair
  • Tambah air dan kacau sekali-sekala hingga daging empuk
  • Masukkan air rebusan kepah, minyak bijan, sos tiram dan biar hingga mendidih. Masukkan brokoli dan kacau
  • Bila brokoli empuk, masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Kacau rata. Taburkan serbuk kacang tanah.
Selesai dan selamat untuk dihidangkan.


Khamis, 5 Oktober 2017

Resepi Asam Pedas Daging

11:50 PG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Asam Pedas Daging : Sebut je asam pedas. Memang ramai mengemarinya termasuklah cik akak. Masakan Asam pedas ini kebiasaan menggunakan ikan. Jarang sekali menggunakan daging atau ayam. Untung-untung cik akak kongsikan resepi Asam Pedas Daging. 


Asam Pedas Daging mungkin ramai tak pernah mencuba. Cik akak sendiri pun tam pernah mencuba keenakan Asam Pedas Daging.

Bahan-Bahan :
  • 600 gm daging  dipotong kecil
  • 18 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 2 biji limau nipis - dihiris 
  • 1/2 cawan air
  • 3 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar :

  • 20 biji cili merah
  • 7 biji buah keras
  • 4 biji bawang putih
  • 2 sm lengkuas
#boleh kurangkan jika tidak suka terlalu masam.

Cara Membuat :
  • Gaul dan perap daging dan bahan kisar semalaman di dalam peti sejuk.
  • Masukkan minyak, daging yang telah diperap dan semua bahan ke dalam kaserol.
  • Tutup kaseroldan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180c selama 1 jam setengah.
  • Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Teringin mencuba Asam Pedas Daging boleh lah intai-intai blog cik akak. Resepi dikongsi dalam naskhah kompilasi Masakan Daging.

Ahad, 1 Oktober 2017

Novel Cinta 3 Suku Karya Herna Diana

9:02 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Novel Cinta 3 Suku Karya Herna Diana : Berkasih tak semestinya bersama, berpisah bukan selamanya. Menarik kan tag line novel ini. Inginkan mendapatkan senaskhah novel ini jangan lupa singgah karangkraf.



Sinopsis Novel Cinta 3 Suku : SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Sabtu, 30 September 2017

Gulai Daging Nangka Muda

3:26 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Gulai Daging Nangka Muda : Hari bercuti kerja ni macam-macam menu boleh naik atas meja. Tapi jangan pula asyik menu yang sama ja. Sekali sekala tukar selera biar mata tak jemu,perut pun sentiasa berdondang sayang. 


Gulai Daging Nangka Muda pernah dengar tak? Kompem pernah kan. Tapi tak pernah lagi merasai keenakkan gulai daging nangka muda ni. Jom kita selayang pandang Resepi Gulai Daging Nangka Muda. 

Bahan-bahan : 
  • 1 kg daging tetel
  • 500 gm nangka muda (dipotong & rebus bersama garam)
  • 500 ml air
  • 250 ml santan (1 biji kelapa)
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam secukupnya
Bahan Kisar
  • 15 tangkai cili kering - direndam
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 sm kunyit hidup

Selesai bahan-bahan yang digunakan untuk memasak gulai daging nangka muda ini. Sekarang kita lalui proses pembuatannya. Simple dan mudah disediakan.

Cara Membuat :
  1. Satukan semua bahan kecuali nangka di dalam periuk.
  2. Kacau sekali sekala hingga mendidih.
  3. Renihkan hingga daging empuk
  4. Masuklan nangka dan biarkan mendidih semua. Angkat dan hidangkan.
Resepi Kompilasi Daging. 


Khamis, 28 September 2017

Tarikh Cuti Perayaan Deepavali 2017

9:39 PG 3
♥ Assalamualaikum ♥
Tarikh Cuti Perayaan Deepavali 2017 : Dekat musim perayaan pastinya ramai ibu bapa tercari-cari memo atau perkeliling cuti perayaan. Tahun ini sekali lagi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling cuti perayaan 2017. 
Cuti Perayaan Deepavali melibatkan semua sekolah kumpulan A dan Kumpulan B. Bagi kumpulan A Cuti Perayaan Deepavali bermula pada  15.10.2017 manakala Kumpulan B bermula pada 16.10.2017. Ingin lebih lanjut boleh rujuk jadual di atas atau boleh lihat di catatan di bawah.

Kumpulan A (Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu sahaja)

Cuti Perayaan Deepavali 2017
15.10.2017 (Ahad)
16.10.2017 (Isnin)
17.10.2017 (Selasa)
18.10.2017 (Hari Deepavali) (Rabu)
19.10.2017 (Khamis)
Kumpulan B ( Sekolah[-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)

Cuti Perayaan Deepavali 2017
16.10.2017 (Isnin)
17.10.2017 (Selasa)
18.10.2017 (Hari Deepavali) (Rabu)
19.10.2017 (Khamis)
20.10.2017 (Jumaat)

Nampak gayanya anak-anak korang boleh bercuti selama seminggu penuh. Cik akak je duduk sembang  di sekolah..hahaha


Senarai Penjadualan Temuduga SPA Bagi September dan Oktober 2017

9:23 PG 0
♥ Assalamualaikum ♥
Senarai Penjadualan Temuduga SPA Bagi September dan Oktober 2017 : Semakan temuduga boleh dibuat di laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi melibatkan jawatan tersebut di bawah, calon-calon boleh menyemak dengan mengklik nama jawatan tersebut.
imej google
Menjadi sebagai penjawat awam di Malaysia bukannya satu perkara yang mudah. Namun ia boleh dicapai jika calon berusaha dengan sebaik mungkin. Melalui pengalaman cik akak sendiri, berapa kali dapat surat temuduga. Namun rezeki masih tak memihak. Pencapaian calon bukan terletak pada penemuduga namun ianya datang dari anda sendiri. Pastikan korang hadir dengan satu matlamat. Aku harus lulus temuduga. Usaha buat sebaik mungkin. Pikat penemuduga anda, pasti rezeki luas di hadapan anda. 

Bagaimana nak memikat panel temuduga?

Untung nasib berjaya lulus temuduga bukan bergantung kepada nasib sahaja. Anda sebagai salah seorang calon haruslah ada keyakinan diri dan dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang jawatan yang bakal ditemuduga nanti.

Mungkin amat membebankan, di sini cik akak kongsikan kejayaan mereka yang pernah menghadiri temuduga SPA. Bagaimana mereka boleh berjaya dengan lebih mudah. Inilah rahsia kejayaan mereka. 

>>>“Rahsia Mudah Lulus Dalam Sesi Temuduga Kerja Kerajaan”


Ebook ini adalah dalam bentuk file softcopy PDF yang ditulis berdasarkan segala ilmu dan pengalaman saya dalam pengambilan pegawai-pegawai baru. Saya telah ringkaskannya dan memudahkannya untuk tujuan pemahaman anda.
Berikut adalah antara isi kandungan, manfaat serta kelebihan yang bakal anda perolehi melalui pembacaan ebook ini:



  • Penjelasan terperinci tentang 11 rahsia berjaya dalam temu duga kerja kerajaan. Pemahaman mengenai rahsia ini dapat membantu anda berasa yakin semasa menghadiri temu duga.
  • Ketahui 9 kriteria calon temu duga yang dipilih dalam temu duga kerajaan. Kriteria ini akan dinilai sepanjang temu duga. Anda perlu bersedia dengan mengetahui kriteria-kriteria tersebut supaya anda dapat menonjolkan diri anda seperti yang dikehendaki oleh panel temu duga kerja kerajaan.
  • Pembongkaran persediaan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga kerja kerajaan. Ada diantaranya yang selama ini anda tidak menyedarinya dan mengetahuinya bahawa ia adalah salah satu punca anda gagal temu duga yang pernah dihadiri sebelum ini. Ketahui persediaan-persediaan dan lakukannya seperti yang dipelajari dalam ebook ini.
  • Pendedahan Teknik “Competency Based Interview (CBI)” yang perlu diketahui oleh calon-calon temu duga kerja kerajaan. Teknik ini digunakan dalam temu duga kerja kerja kerajaan pada masakini.  Anda akan lebih bersedia untuk menjawab 4 perkara akan diuji dalam soalan-soalan temu duga yang mengunakan Teknik CBI ini. 
  • Pembongkaran 31 tips mudah untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.  Anda akan didedahkan tentang panduan yang perlu diikuti supaya anda lebih tenang dan yakin menghadapi sesi temu duga. Ketahui tip-tip mudah ini dan kemudian anda praktikannya. Anda PASTI layak dipilih dalam temu duga kerja kerajaan seperti mereka yang telah berjaya berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
  • Adab temu duga dan etika pakaian yang PERLU dan ELAKKAN semasa menghadiri temu duga kerajaan. Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting untuk anda ‘menawan’ mereka. Jika anda berjaya ‘menawan’ panel temu duga, peluang anda untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan adalah sangat tinggi.
  • Pembongkaran 4 proses temu duga kerja kerajaan dalam bentuk grafik yang mudah difahami. Setiap proses mengandungi perkara-perkara penting yang dinilai oleh panel temu duga. Pengetahuan mengenai proses-proses ini akan meningkatkan keyakinan anda semasa menghadiri temu duga.
  • 20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga. Walau pun soalan-soalan tersebut popular, anda perlu mengetahui cara menjawabnya. Jawapan-jawapan anda sangat penting untuk menentukan kejayaan temu duga yang anda telah hadiri.
  • 115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin. Pengetahuan mengenai soalan-soalan tersebut serta latih tubi menjawabnya mampu menonjolkan kelebihan diri anda daripada calon-calon lain.Anda tampak berpengetahuan, bersungguh-sungguh dan berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Ini memberi BONUS kepada anda.
  • 6 Rahsia yang perlu anda ketahui dan lakukan untuk berjaya dalam temu duga kerajaan.
  • Perkara-perkara “do” dan “don’t” yang perlu anda ketahui bagi menghadiri temu duga kerajaan. Walau pun sesuatu perkara itu dianggap mudah dan remeh, tetapi ia boleh mengurangkan markah temu duga anda.
  • Dan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temu duga supaya anda layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam temu duga kerja kerajaan.
Dah habis baca, berminat untuk mendapatkan naskhah tersebut bolehlah intai-intai  »»Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah««



Jangan lupa buat semakan.

Senarai Penjadualan Temu Duga






  • Pegawai Sains Gred C41 (Geologi)
    (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
    [ Tarikh Temu Duga: 29 September 2017 - 11 Oktober 2017 ]






  • Pembantu Awam Gred H11
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis)
    [ Tarikh Temu Duga: 02 Oktober 2017 - 04 Oktober 2017 ]