Jumaat, 15 Disember 2017

Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41 & Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29

12:53 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Jawatan Kosong Pegawai Veterinar GV41 & Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 : Kekosongan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjemput semua warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan setaraf dengan terma syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


Kekosongan Jawatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini melibat dua jawatan penting iaitu 
  • Pegawai Veterinar Gred GV41
Jawatan ini bertaraf Ijazah (Kumpulan Pengurusan @ Profesional). Ini melibat 14 kekosongan penuh. 

Bidang keutamaan lebih kepada 
  1. Doktor Perubatan Veterinar
  2. Ijazah Dalam Ilmu Perubatan Veterinar atau
  3. Ijazah Sains Veterinar
  • Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
Jawatan ini bertaraf diploma / STPM (Kumpulan Pelaksana)

Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai syarat serta kelayakan seperti gambar di atas.

Untuk permohonan jawatan tersebut. Calon bolehlah melayari http://www.spa.gov.my/ dan tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Disember 2017. Permohonan menggunakan online sahaja.

Mahu Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah »»Rahsia Lulus Mudah Temuduga ini mengandungi berapa teknik. Antaranya Teknik Lulus Dengan Mudah Temuduga. Selain itu, teknik penulisan resume serta soalan-soalan maut penemuduga juga dibincangkan. Lagi menarik bila calon yang hadir temuduga, lulus sepenuhnya.


Ahad, 19 November 2017

Novel Abang Mekanikku Karya Ana Sofiya

1:00 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥
Novel Abang Mekanikku Karya Ana Sofiya : Tajuk novel ini yang membuatkan cik akak teringat encik abg. Macam-macam je tajuk novel. Novel Abang Mekanikku ini mengisahkan kisah Aira. Aira yang mempunyai personaliti yang menarik tapi bongkak dan sombong dengan nilai wang ringgit. Dipertemukan dengan Adham yang hanya berkerjaya sebagai seorang mekanik. Bagaimana kisah seterusnya.
Sinopsis Novel Abang Mekanikku : Kali pertama mereka bertemu, Aira dah semai perkataan anti dalam hati. Jumpa kali kedua pula, dia sembur serbuk lada pada mata jejaka itu. Kali ketiga pula dia benar-benar dah tak boleh tahan. Baginya, orang itu memang lelaki tak bertamadun, tak ada pelajaran dan kekwat!
“Haila, abang mekanik oi. Miskin sangat ke awak ni? Sebab itu awak terpaksa buat dua tiga kerja dalam sehari, eh? Tulah! Dulu-dulu masa mak bapak suruh belajar, malas. Kan dah kerja mekanik aje? Lepas tu kena tampung dengan jual burger pulak. Isk, isk, kesiannyalah.” ~ Aira.
Bagi Adham pula, Aira hanya anak orang kaya yang berlagak. Yang kerjanya nak habiskan duit emak bapak. Tengokkan lagak, memang tak akan masuk dalam senarai calon menantu mak. Namun, mereka ditemukan sebagai cikgu dan anak murid. Bermulalah sesi bersoal jawab dan uji-menguji. Dalam tak suka, terus Aira jatuh cinta.
“Mak ai, boleh pulak dia cakap lembut macam gitu, eh? Aduh, abang mekanik. Kamu buat iman gue goncang-goncangan dong! Argh! Mak, Aira nak dia!” ~ Aira.
“Aira, terima kasih kerana sudi suka saya. Tapi saya tak boleh balas. Saya tak dapat nak sebut tiga perkataan tu pada awak.” ~ Adham.

Cinta enggan dibalas. Ada kisah silam yang mencengkam fikiran. Namun kalau godaan demi godaan Aira berikan, mampukah Adham menepisnya?
Aira tak peduli. Hati Adham harus ditakluki. Berjayakah dia?
Dan, Adham? Dapatkah bertahan?
Mungkinkah akan bersatu? Mereka tidak sekufu. Pasti ada duri dan ranjau. Pasti ada ruang dan jurang menjadi batas pemisah antara bahagia dan derita untuk hidup bersama. Tapi, Aira nak abang mekanikku itu saja, okey!

Ahad, 5 November 2017

Resepi Rendang Sumbar

8:26 PTG 1
♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Rendang Sumbar : Dah lama cik akak tak berkongsi resepi di blog ini. Kali ini cik akak ingin berkongsikan Resepi Rendang Sumbar. Kelainan resepi rendang sumbar ini bakal mengangkat keenakkan rasanya. 


Untuk Resepi Rendang Sumbar boleh rujuk satu-persatu bahan.

Bahan-Bahan :

  • 1kg daging - dipotong kecil
  • 100 gm kerisik
  • 1 1/2 liter santan (4 biji kelapa)
  • 2 batang serai - dititik
  • Sedikit buah pelaga
  • Sedikit kayu manis

Bahan Hiris

  • 4 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit

Bahan Kisar

  • 200 gm cili kisar
  • 12 biji cili api
  • 12 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 7 sm lengkuas
  • 5 sm halia
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh buah pala

Cara Membuatnya

  • Gaul dan perap daging bersama separuh bahan kisar selama 30 minit. Ketepikan.
  • Tumis baki bahan kisar, buah pelaga dan kayu manis.
  • Masukkan santan, bahan hiris dan serai. Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan daging dan kacau hingga daging empuk.
  • Masukkan kerisik. Kacau rendah hingga kuahnya kering. Sedia dihidang.

Selesai dan selamat mencuba. 


Sabtu, 28 Oktober 2017

Resepi Kuih Lidah Simple

8:22 PTG 1
♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Kuih Lidah Simple : Hujung minggu ni korang tak buat apa-apa kan. Apa kata korang cuba resepi simple Kuih Lidah. Boleh juga buat menu minum petang anda.

Google imej
Kalau dah nama resepi simple. Bahan-bahan pun senang didapati. 

Resepi Kuih Lidah Simple

  • 1 kilo tepung gandum
  • 2 biji telur ayam
  • Air campur garam
  • Tepung jagung
  • Minyak masak

Cara membuatnya :-

  • Tepung jagung digaul bersama sedikit minyak. Ketepikan.
  • Tepung, telur digaul rata di dalam bekas lain. Masukkan air sedikit-sedikit. Biar sampai sebati. 
  • Kisar adunan dengan mesin mee. Bila rata, sapu atasnya dengan tepung jagung bercampur minyak tadi. Kemudian gulung dan potong anggaran satu inci. Kisar lagi dan potongan dengan mesin mee.
Selamat mencuba. Simple dan amat mudah disediakan. Goreng dan boleh taburkan sedikit gula halus untuk proses hiasan..hihi






Selasa, 24 Oktober 2017

Novel Akhirnya Aku Kahwin ! Karya Herna Diana

10:29 PTG 0
♥ Assalamualaikum ♥

Novel Akhirnya Aku Kahwin ! Karya Herna Diana : Novel ini bukan novel yang bakal diadaptasi dalam drama. Tapi novel ini mempunyai tajuk yang cukup menarik. Novel ini mengisahkan si gadis yang bernama Didi yang periang dan tidak kisah pada pandangan orang. 


Tajuk Novel : Akhirnya Aku Kahwin
HARGA RM 19.90
KATEGORI NOVEL
PENULIS HERNA DIANA
HALAMAN 496
BERAT 350 gram
TARIKH TERBIT 28 SEPTEMBER 2011


SINOPSIS NOVEL AKHIRNYA AKU KAHWIN : Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?