Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Bilakah Tarikh Cuti Sekolah Bulan Disember 2022?

Author
Published Oktober 27, 2022
Bilakah Tarikh Cuti Sekolah Bulan Disember 2022?

Bilakah Tarikh Cuti Sekolah Bulan Disember 2022? : Cuti sekolah adalah waktu yang amat dinantikan semua anak-anak dan ibu bapa seluruh Malaysia. Bila musim cuti sekolah, pastinya ramai yang merancang untuk balik ke kampung halaman serta bercuti makan angin bersama keluarga tersayang. 

Malahan waktu cuti sekolah adalah waktu berehat bagi ibu bapa. Ini kerana mereka dapat berehat dengan rutin menghantar serta mengambil anak-anak balik dari sekolah.

Bilakah tarikh cuti sekolah bagi bulan Disember 2022? Cuti sekolah bulan Disember 2022 terbahagi kepada dua kumpulan. Ini kerana sekolah di Malaysia ada kumpulan masing-masing iaitu kumpulan A dan kumpulan B.


Kumpulan A bercuti sekolah pada Disember 2022 mulai 09 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022. Manakala sesi sekolah dibuka semula untuk akhir tahun ialah pada 01.01.2023. 

Sesi akhir tahun beroperasi sebanyak 32 hari penuh. Cuti akhir tahun sesi akademik 2022/2023 berakhir dan cuti akhir tahun bermula pada 17 Februari 2023 hingga 11 Mac 2023. 

Anak-anak perlu hadir semula ke sekolah untuk sesi akademik 2023/ 2024 pada bulan Mac 2023. Takwin Persekolahan akan dikongsikan hujung tahun nanti.

Sekolah yang terlibat untuk kumpulan A ialah sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Cuti Sekolah Bulan Disember 2022 bagi sekolah di kumpulan B selang sehari dari sekolah Kumpulan A. Bermakna Cuti Sekolah bulan Disember 2022 bermula 10.12.2022 dan berakhir pada 31.12.2022.

Anak-anak perlu hadir semula ke sekolah untuk sesi akhir tahun pada 03.01.2023. 

Cuti penggal akhir 2022/2023 akan bermula pada 18.02.2023 hingga 12.03.2023.

Untuk lebih lanjut, rujuk takwim yang disertakan. Moga manfaat untuk ibu bapa di luar sana.



1 ulasan

  1. thanks for sharing. harap2 sesi persekolahan akan kembali kpd awal Jan spt dulu2.

    BalasPadam

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023