Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis, Aedy Ashraf & Fezrul Khan

Author
Published Oktober 21, 2022
Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis, Aedy Ashraf & Fezrul Khan

Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis, Aedy Ashraf & Fezrul Khan | Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis, Aedy Ashraf & Fezrul Khan akan bersiaran 23 oktober 2022. Tampil dengan gandingan Puteri Balqis dan Aedy Ashraf sebagai tunggak utama. 

Telefilem Dania mengisahkan kehidupan seorang gadis yang diperkosa oleh seorang guru tuisyennya. Tetapi kes tersebut digugurkan dan guru tuisyen terlepas dari undang-undang. Namun, abangnya nekad agar guru tersebut mendapat hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan terhadap adiknya. Pelbagai usaha dilakukan agar kemenangan berpihak kepada adiknya. Jangan lupa menonton Telefilem Dania, 9.00 di tv3 pada 23 Oktober 2022.

Telefilem Dania Lakonan Puteri Balqis


Telefilem Dania

Ahad 28 Oktober 2022, 9.00 malam
Cereka Ahad

Pelakon: Aedy Ashraf, Puteri Balqis, Fezrul Khan, Aida Aris, Nafiez Zaidi

Sinopsis Telefilem Dania

Mengisahkan Dania seorang remaja yang menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial. 

Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. 

Pada suatu hari, Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. 

Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu. Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. 

Cikgu Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Cikgu Bahar terlepas dari undang-undang, namun Dania dan Luqman berusaha untuk membuatkan Cikgu Bahar menerima hukuman setimpal dengan apa yang dia lakukan terhadap Dania. 

Dania dan Luqman mengadakan kempen untuk mengheret Cikgu Bahar agar mengakui kesalahan terhadap adiknya Dania. Namun Kempen  tersebut memakan masa yang lama kerana ramai pihak menunding kesalahan kepada Dania dan menganggap Cikgu Bahar seorang yang baik. 

Walaupun pelbagai dan dugaan dalam perjuangan  mereka, namun mereka nekad untuk menegakkan kebenaran dan mengheret Cikgu Bahar ke muka pengadilan harus diteruskan demi maruah keluarga dan adiknya. Ikuti kisah perjuangan mereka dalam Telefilem Dania.

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023