Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

The Golden Spoon Movie Episod 1 - Episod 16 (Akhir) - Disney+ Hotstar Malaysia

Author
Published Oktober 20, 2022
The Golden Spoon Movie Episod 1 - Episod 16 (Akhir) - Disney+ Hotstar Malaysia

The Golden Spoon Movie Episod 1 - Episod 16 (Akhir) Disney+ Hotstar Malaysia |  Drama The Golden Spoon, drama televisyen Korea Selatan yang diarahkan oleh Song Hyun-wook. Dibintangi oleh Yook Sung-jae, Lee Jong-won, Jung Chae-yeon, dan Yeonwoo. 

The Golden Spoon adalah adaptasi  webtoon popular Naver dengan judul yang sama oleh HD3 yang diterbitkan pada tahun 2016.

The Golden Spoon mengisahkan hidup seorang pelajar miskin tetapi dia belajar di sekolah orang kaya. Biarpun miskin namun beliau bijak dalam pelajaran. Malah dia sering membantu anak-anak kenamaan dalam pelajaran, namun setiap titik keringatnya perlu berbayar. Dia juga sering dibuli akibat kemiskinan keluarganya.

Hingga suatu hari, dia bertemu dengan nenek tua di tepi jalan. Dia menawarkan sudu emas yang boleh membuatkan dia kaya serta merta.

Kerana teruja untuk menjadi kaya, dia membeli sudu tersebut, kemudian ke rumah rakan sekelasnya yang kaya raya untuk mencuba nasib. Mungkin betul atau tidak yang diberitahu oleh nenek tua tersebut.

The Golden Spoon mulai ditayangkan di MBC TV pada 23 September 2022, disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu pukul 9:50 malam (KST). Ia juga akan tersedia untuk distrim di Disney+ di kawasan terpilih. 

Siri The Golden Spoon, boleh ditonton menerusi Disney malaysia - https://www.hotstar.com/my/tv/the-golden-spoon/1260116207/episode-8/1260118250



The Golden Spoon 
16 Episod
Disiar menerusi - https://www.hotstar.com/my/



Sinopsis The Golden Spoon 

Lee Seung-Cheon (Yook Sung-Jae) ialah seorang pelajar sekolah menengah. Keluarganya miskin dan dia benci hidup dalam persekitaran yang miskin. Di sekolah dia sering dibuli kerana kemiskinan. Ingin melawan, tetapi tiada duit untuk menyelamatkan diri. Di situlah bermula dendamnya kepada rakan sekelasnya yang jahat dan kaki buli.

Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang nenek tua. Nenek tua tersebut menawarkan sudu emas dengannya. Nenek tua tersebut memberitahu Lee Seung-Cheon bahawa sudu emas tersebut bukan sudu biasa. Sudu emas tersebut boleh membantu  Lee Seung-Cheon untuk menjadi kaya.

Nenek tua memberitahunya bahawa  "Jika anda membeli sudu emas ini dengan harga $3 daripada saya, anda boleh menukar ibu bapa anda. 

Anda akan makan 3 kali dengan sudu emas ini dengan seseorang yang sebaya dengan anda dan di rumah mereka. Ibu bapa orang itu akan menjadi anda ibu bapa.

Lee Seung-Cheon membeli sudu emas daripada wanita tua itu dan makan 3 kali di rumah kawannya Hwang Tae-Yong. Ayah Hwang Tae-Yong mengusahakan sebuah syarikat besar. Tidak lama kemudian, kehidupan Lee Seung-Cheon berubah.

Apabila kehidupannya berubah, Lee Seung-Cheon tidak membiarkan ahli keluarganya hidup susah. Dia membantu mencari tempat tinggal yang mewah untuk keluarganya. Namun diketahui oleh ayah Hwang Tae-Yong. 


Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023