Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Novel Kerana Cinta Itu Ada Karya Sophilea & Novel My Mr Blind Date karya Julia Ayu - Drama Adaptasi Novel Slot Akasia Akan Datang

Author
Published Disember 20, 2022
Novel Kerana Cinta Itu Ada Karya Sophilea & Novel My Mr Blind Date karya Julia Ayu - Drama Adaptasi Novel Slot Akasia Akan Datang

Novel Kerana Cinta Itu Ada Karya Sophilea & Novel My Mr Blind Date karya Julia Ayu - Drama Adaptasi Novel Slot Akasia Akan Datang : Drama Adaptasi Novel adalah drama yang sering dinanti-nantikan oleh peminat novel. Lebih-lebih lagi hasil karya penulis yang diminati oleh mereka. Malaysia antara yang seringkali memaparkan naskhah drama yang diadaptasi daripada novel. 

Setelah drama Terima Kasih cinta melabuhkan siarannya, dua drama baru ini akan tampil bersiar di Slot Akasia TV3. Dua novel tersebut adalah Novel Kerana Cinta Itu Ada Karya Sophilea & Novel My Mr Blind Date karya Julia Ayu.



Novel Kerana Cinta Itu Ada, novel yang dikaryakan oleh Sophilea. Namun novel ini adalah idea asal daripada pelakon dan penyanyi Nabila Razali. Menurut informasi yang admin baca Novel Kerana Cinta Itu Ada, merupakan kesinambungan dari lagu Putus yang dinyanyikan oleh Nabila Razali sendiri. 

Bagi yang belum tahu lirik lagu Putus nyanyian Nabila Razali, di sini dikongsikan LIRIK LAGU PUTUS _ NABILA RAZALI

Lirik Lagu Putus - Nabila Razali

Terluka hati saat kau mendustakan cintaTeganya dirimu memperlakukan beginiPerih rasaku tak tertahan sebak di dadaIngin ku luahkan tapi tak berdaya

Engkau diri disampingnyaSenyum seakan bahagiaTanpa memikirkan aku yang merenung dirimuJika kau ingin ku pergiBisa ku undurkan diriAku hanyalah sandaran cinta

Jangan menangis lagiJangan bersedih lagiPujuklah hatiku yang sendu resah pilu

Biarku pergi juaBiar kau bahagiaBersama dengan dia yang kau puja

Oh oh ohCinta kau dan akuTak mungkin kembaliTerputus sudah selamanya

Jika kau ingin ku pergiBisa ku undurkan diriAku hanyalah sandaran cinta

Jangan menangis lagiJangan bersedih lagiPujuklah hatiku yang sendu resah pilu

Biarku pergi juaBiar kau bahagiaBersama dengan dia yang kau puja


Untuk informasi awal, Drama Kerana Cinta Itu Ada turut nampilkan senarai pelakon yang akan menerajui dan menjayakan drama tersebut. Berikut adalah Senarai Pelakon Drama Kerana Cinta Itu Ada.

Senarai Pelakon Kerana Cinta Itu Ada :-

  1. Aedy Ashraf 
  2. Nabila Razali
  3. Puteri Khareeza
  4. Syazuwan Hassan
  5. Raden Zaharatul
  6. Emelda Rosmila
  7. Edika Yusof
  8. Mas Anizan
  9. Dian P.Ramlee
  10. Shah Rezza
  11. Syaffiq Sahli
  12. Husna Mustaffa
  13. Anas Ridzuan
  14. Saidah Kamarudin
  15. Najua Nasir
  16. Alvin Chong
Drama Kerana Cinta Itu Ada akan diterajui gandingan Aedy Ashraf dan Nabila Razali sebagai pelakon utama. Tarikh siaran admin akan kongsikan sebaik sahaja mendapat informasi.


Sinopsis Novel Kerana Cinta Itu Ada

Cinta itu satu ANUGERAH.. Nabila Aulia dan Tengku Aisy Mateen, bertemu dan saling jatuh cinta, Indahnya sebuah cinta bersulam bahagia. Namun… kebahagiaan iti tercalar tatkala sahabat sendiri, Dahlia yang menjadi api dan duri kerana fitnah Dahlia dan Rayyan, cinta Aisy dan Bella PUTUS. 

Kebenaran muncul tatkala beberapa jam selepas pernikahan mereka, pernikahan yang bagi Bella adalah hukuman neraka dunia. Masih terngiang bicara Aisy ketika Bella merayu untuk hadir ke mailis mereka. 

‘”Saya akan datang tapi hanya seketika Bella, dan saya tetap memilih Dahlia.”

 Sakitnya yang Aisy tinggalkan menjadikan dia Nabila Aulia yang kuat. Namun tapa Bella sedar ikatan keduanya tetap utuh dan kuat. Dia tak akan pernah menangis lagi demi lelaki seperti Aisy Mateen. 

“Awak masih isteri saya yang sah Bella tak pernah satu pun lafaz talak saya suarakan’ Bella terkejut.

 “Lima tahun Aisy mana mungkin saya masih isteri awak.” 

Cinta itu hukumnya setia. Kesetiaan Aisy, kesabaran Aisy buatkan jantung Bella berdetak semula. Menyumbang irama rindu dan cinta. 

Namun ketika kasih kembali bertaut ujian itu tetap muncul. Awak nadi saya Bella dan saya adalah denyutan jantung awak yang tak akan pernah berhenti berdetak.



Review Ringkas dari Sinopsis Novel Kerana Cinta Itu Ada

Drama Kerana Cinta Itu Ada, drama ini memaparkan kisah percintaan dua insan yang dikhianati oleh sahabat baik sendiri. Dek kerana cemburu akan kebahagiaan sahabatnya, lantas membuat onar dengan menfitnah. 

Namun pasangan tersebut sempat berkahwin tetapi terpaksa berpisah antara orang ketiga. Setelah bertahun-tahun membawa diri, akhirnya si isteri kembali. Suami menuntut haknya sebagai seorang suami. Kesetiaan sang suami berjaya menambat kembali cinta sang isteri. 

Drama Kerana Cinta Itu Ada, hampir sama dengan kisah Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi. 

Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi merupakan drama yang diterajui oleh Nabila Razali dan Aeril Zafrel sebagai tunggak utama.

Jom kita lihat Sinopsis Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi


Sinopsis Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi

Setelah empat tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Sakitnya luka lama masih terasa. Bekas suaminya, Andika mahu memenangi hati isterinya semula.


Andika dengan bantuan sepupu mereka, merancang percutian di Lata Pelangi, tempat kesukaan Aira supaya menggamit memori lama kembali. Sayangnya, bukan kenangan manis yang muncul di fikiran Aira tetapi kenangan pahit bagaimana kejamnya lelaki itu merampas segala hak miliknya. Aira masih enggan memaafkan kesalahan Andika yang mengahwininya bukan kerana cinta tetapi kerana harta pusaka keluarga mereka. Kata-kata manis yang pernah diucapkan kepadanya dahulu hanyalah untuk mengaburi niat sebenar.


Kini, Andika melamar Aira kembali. Tidak mahu terus berdepan dengan rayuan Andika, Aira memutuskan untuk kembali ke Cibubur, Indonesia. Malangnya, ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang, Aira dan sepupunya, Arjuna yang merupakan satu-satunya adik lelaki Andika yang menghantar Aira ke lapangan terbang, terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan Aira mengalami Amnesia. Bermula saat itu Andika kembali meraih cinta Aira.


Banyak rintangan yang berlaku, namun akhirnya mereka kecapi kebahagian yang terpisah suatu masa dahulu. Andika juga kesal kerana telah banyak menghabiskan masa yang sia-sia kerana mengikut amarah dan berharap dia dan Aira akan melakar semula kebahagiaan rumahtangga mereka umpama indahnya tujuh warna pelangi.


Novel My Mr Blind Date karya Julia Ayu adalah novel yang akan diadaptasi dalam drama. Nakshah ini nanti turut menggunakan judul yang sama iaitu My Mr Blind Date.


Drama My Mr Blind Date antara drama yang akan bersiaran menerusi Slot Akasia TV3. Tarikh siaran akan dikemaskini nanti.




Ada drama pastikan ada pelakon yang menjayakan nakshah tersebut. Untuk Drama My Mr Blind Date menampilkan gandingan Raden Zaharatul dan Hafida Roshdi sebagai pelakon utama.

Senarai Penuh Pelakon Drama My Mr Blind Date
  1. Raden Zaharatul
  2. Hafidz Roshdi
  3. Syarul Ezani
  4. Syazuwan Hassan
  5. Aleza Shadan
  6. Khalida Balqis
  7. Hanna Halim
  8. Amir Mirza
  9. Marc Syahmie

Sinopsis Novel My Mr Blind Date

AMMARA bertemu Rizki kerana mahu menemani kawan-kawan mereka yang berdating blind date.

“Awak pernah pergi Paris?”
“You tengok I ni nampak macam berduit sangat ke nak bercuti sampai ke Paris? I nak bercuti dalam Malaysia pun kena kumpul duit bertahun-tahun. You salah orang.”

Namun, pertemuan itu melelahkan Ammara. Rizki, lelaki blind datenya itu tak sudah mengejarnya hingga sedikit demi sedikit rahsia hatinya terbongkar. Anak yang dianggap derhaka, Isteri yang dianggap curang…

“Kalaulah kenangan tu I boleh padam sesenang I padam kesalahan pada kertas, I dah buat lama dah.” - Ammara

“I tahu you baik. Penerang dalam setiap sudut. Penerang kepada hidup orang lain. Kalau telefon ada flashlight, I ada you. You’re my flashlight.” - Rizki

Saat cinta Ammara kembali berputik, saat lamaran diterima, saat perkahwinan baru terbina…

“Sekarang I ragu dengan akad yang you lafazkan. Sahaja aku berkahwin kerana cina buta, am I right?” - Ammara

Siapakah sebenarnya Daniel Rizki yang memerangkap Ammara hingga ke alam perkahwinan?



Review Drama My Mr Blind Date

Pertemuan Ammara dan Daniel Rizki kerana inginkan perkahwinan bersatu kembali akibat cina buta. Ammara menjadi mangsa untuk Daniel Rizki mendapatkan kembali isterinya akibat terlafaz cina buta.

Sedangkan Ammara percaya bahawa lelaki tersebut tulus menyintainya. Namun ada rahsia tersembunyi di sebalik pertemuan mereka.






Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023