Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Nabila Razali & Aedy Ashraf

Author
Published Januari 26, 2023
Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Nabila Razali & Aedy Ashraf

Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Nabila Razali & Aedy Ashraf : Kerana Cinta Itu Ada memulaikan siaran pada 28 Disember 2022 yang lepas. Bersiaran menerusi Slot Akasia TV3. Drama Cinta Itu Ada menampilkan gandingan Nabila Razali dan Aedy Ashraf sebagai tunggak utama.


Drama Kerana Cinta Itu Ada adalah kisah kehidupan seorang gadis yang terpaksa menikahi jejaka yang tidak dicintainya. Kerana pertemuan pertama mereka dimulai dengan pergaduhan. Namun siapa menyangka sebalik pertemuan tersebut dan akhirnya mereka menjadi suami isteri.

Namun pernikahan memerlukan cinta kedua pasangan. Antara mereka terbit satu jurang kerana pergaduhan pertama mereka. Kata orang bila kita benci sesorang, pastinya akan berakhir dengan rasa sayang.

Biarpun mereka menolak untuk berkongsi rasa hati mereka, namun mereka masih terikat dengan ikatan pernikahan. Dek kerana satu fitnah, mereka terpisah dan akhirnya si isteri membawa diri. 

Ingatkan kebebasan milik isteri. Namun setelah kembali ke tanah air, si isteri mengetahui bahawa dia masih isteri orang. 

Drama Kerana Cinta Itu Ada akan bersiaran penuh sebanyak 28 episod penuh. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad (setiap hari) di TV3 menerusi Slot Akasia. Slot Akasia bermula jam 7.00 malam hingga 8.00 malam.

Drama kerana Cinta Itu Ada telah bersiaran 22 episod sehingga hari ini 26 Januari 2023. Maka masih berbaki 6 episod akan menyusul. Bagi yang tertinggalan siaran di kaca televisyen, anda boleh menonton menerusi hotstar disney pada pautan di bawah.


 >>>>https://www.hotstar.com/my/tv/kerana-cinta-itu-ada/1260126851/episode-16/1260127102



Setiap episod ada pada pautan yang disediakan. Namun ianya hanya boleh ditonton di Malaysia dan jangan lupa untuk memuat naik aplikasi tersebut serta langganan bulanan.


Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya.


Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.


Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.


Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya.


Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.


Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?

1 ulasan

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023