Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Boleh Tonton Drama Angkara Cinta Episod 1 - Episod 115 (Akhir) Di Aplikasi Sooka

Author
Published November 26, 2022
Boleh Tonton Drama Angkara Cinta Episod 1 - Episod 115 (Akhir) Di Aplikasi Sooka

Boleh Tonton Drama Angkara Cinta Episod 1 - Episod 115 (Akhir) Di Aplikasi Sooka | Drama Angkara Cinta pernah disiarkan menerusi Slot Tiara pada 02 November 2020. Drama berantaian yang menampilkan 115 episod penuh dengan gandingan Wanna AliMeerqeen dan Hun Haqeem sebagai pelakon utama. Drama Angkara Cinta merupakan sebuah drama adaptasi dari telenovela Filipina yang berjudul Tayong Dalawa ("Hanya Kita Berdua") hasil terbitan ABS-CBN.



Drama Angkara Cinta mengisahkan dua beradik kandung yang berlainan ibu. Namun mereka dipertemukan di Akademi polis dan bersahabat baik. Malahan mereka berdua berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan.

 Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza, di mana salah seorang daripada mereka hidup mewah dan seorang lagi hidup dihimpit kemiskinan.  

Apabila dewasa ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. 

Malahan mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik kandung yang berkongsi bapa yang sama.

Mariani, ibu Haqeem adalah isteri pertama Razlan. Mereka berkahwin di sempadan  kerana tidak mendapat restu keluarga Razlan. 

Razlan kemudian melarikan diri ketika Mariani mengandungkan Haqeem. Kemudian Razlan berkahwin dengan Indah dan mendapat seorang anak, Luqman. Indah adalah gadis pilihan keluarganya. 

Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik kandung. 

Apabila kisah silam dan rahsia lama terbongkar, hubungan Luqman dan Haqeem semakin dingin dan pelbagai konflik mula tercetus.  Lebih-lebih lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.

Dalam waktu yang sama Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. 

Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?

Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. 

Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Haqeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?



Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023