Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Melastik Ke Hatimu 2 Slot Lestary Gandingan Andi Bernadee & Janna Nick | Sinopsis Drama

Author
Published Oktober 24, 2022
Drama Melastik Ke Hatimu 2 Slot Lestary  Gandingan Andi Bernadee & Janna Nick | Sinopsis Drama

Drama Melastik Ke Hatimu 2 Slot Lestary  Gandingan Andi Bernadee & Janna Nick | Sinopsis Drama : Drama Melastik Ke Hatimu drama adaptasi novel Melastik Ke Hatimu karya Aqma Dee. Novel ini pernah diadaptasi drama dan mulai siar di kaca televisyen menerusi Slot Lestary TV3 pada 21 Januari 2021. 

Kemudian, Drama Melastik Ke Hatimu menamatkan siarannya pada 11 Februari 2021 setelah bersiaran penuh sebanyak 13 episod penuh. Namun sekali lagi, Drama Melastik Ke Hatimu 2 akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama ini merupakan kesinambungan dari siri yang lepas.


Melastik Ke Hatimu 2

Drama Melastik Ke Hatimu 2
Tarikh Siaran :
Slot Lestary TV3
13 Episod penuh
9.00 malam Rabu hingga Sabtu


Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu


Mengisahkan Haura Annisa, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim Johari tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.


Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad Nazhan, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang sering tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. 


Akhirnya mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula cuba mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim seorang. 


Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.


Sedang mereka melakar bahagia, musibah telah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. 


Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.



Sinopsis Novel Melastik Ke Hatimu 

Haura Annisa, si gadis ‘gengster kilang’. Namun, siapa menduga kehidupannya terkongkong dan dikawal emaknya. Si emak nekad mahu menantu kaya!

“Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?”

“Saya ambil anginlah,” bohong Haura.

“Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar berbulu ni sekali? Unik cara awak bersantai,” sindir Ziyyad.

ADUH! Tak dapat Haura bayangkan saat dia bergelar isteri kepada mamat ‘kayu cengal’ itu. Membosankan! Lagi dia rasa tercekik ada kawan macam Ain!

“Ikat? Maksud kau?” Berkerut dahi Haura. Tiba-tiba pula otaknya jadi tepu. “Kalau kau betul-betul sayangkan Encik Ziyyad, kau kena ikat dia dengan anak. Maksud aku kau kena serahkan apa yang sepatutnya Encik Ziyyad dapat. Sekarang ni kau tak boleh bertindak slow macam siput sedut dah, kau kena laju macam arnab. Kalau tak kau akan menyesal,” sambung Ain lagi.

Si Haura ni kalau tak dihasut, memang macam itulah sampai ke sudah. Tak habis-habis nak malu. “Itu laki kau woi! Tak kan nak biarkan orang lain rampas. Aku tengok si Liya tu dah lain macam gayanya.”

“Kena ke?” Tertelan air liur Haura dengan apa yang baru Ain katakan. Seram sejuk pula dia dengan semangat Ain yang tiba-tiba tu. Suami aku, tapi dia yang beria.

NAMUN, saat cinta disulam, saat bahagia menjengah…

“Aku nak kau ceraikan anak aku!” - Mak Limah

“Awak dah pun mainkan saya. Maaf tu dah tak ada makna.” –Ziyyad

APAKAH pilihan Haura ketika bahagia mereka diuji?

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023