Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Makluman Tarikh Buka Sekolah Bagi Sesi Akademik 2023/2024

Author
Published November 30, 2022
Makluman Tarikh Buka Sekolah Bagi Sesi Akademik 2023/2024

Makluman Tarikh Buka Sekolah Bagi Sesi Akademik 2023/2024 : Takwim Persekolahan 2023/2024 masih belum dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Takwin Persekolahan 2023/2024 dan Tarikh Tambahan Cuti Perayaan boleh dimuatturun dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pautan link https://www.moe.gov.my/takwim (untuk Takwim Persekolahan 2023/ 2024) manakala https://www.moe.gov.my/takwim/kalendar-akademik-sesi-2022-2023 (untuk muatturun Takwim Persekolahan 2022/2023)

Sekolah Dibuka untuk sesi Tahun 2023 akan beroperasi pada ketetapan seperti di bawah :

  1. Sekolah bagi KUMPULAN A - akan dibuka 01.01.2023 
  2. Sekolah bagi KUMPULAN B - akan dibuka 03.01.2023 

Jadual Takwim Persekolahan 2023 untuk Penggal Akhir sesi 2022 dikepilkan bersama. Mohon kerjasama merujuk jadual di bawah.

Jadual Sekolah KUMPULAN A




    Jadual Sekolah KUMPULAN B


    Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, sekolah akan beroperasi semula pada Januari tahun 2023 iaitu pada tarikh 01.01.2023 dan 03.01.2023. Sesi Januari 2023 ini merupakan Penggal Akhir Sesi Sekolah 2022. Penggal tersebut dijalankan sebaik sahaja tamat CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023 BULAN DISEMBER yang bermula dari tarikh seperti berikut di bawah.

    Agihan CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023 BULAN DISEMBER tertakluk kepada Takwim Persekolahan Tahun 2022/2023  yang dikepilkan di atas.




    Cuti Sekolah Disember 2022 (untuk Cuti Penggal 3 2022/2023)
    bagi sekolah KUMPULAN A

    09.12.2022 hingga 31.12.2022

    Catatan : Sekolah dibuka semula Sesi 2023/2024 pada 01.01.2023.

    Jumlah hari bersekolah pada bulan Januari 2023 & Februari 2023 bagi sekolah Kumpulan A adalah seperti berikut :-

    • Januari 2023 = 01.01.2023 hingga 31.01.2023 (20 hari sahaja)
    • Februari 2023 = 01.02.2023 hingga 16.02.2023 (12 hari sahaja)
    Jumlah hari bersekolah bagi KUMPULAN A sebanyak 32 hari sahaja. Manakala cuti bagi Penggal Akhir Sesi 2022/2023 bermula pada 17.02.2023 hingga 11.03.2023 (23 hari cuti).




    Dikongsikan bersama maklumat bagi sekolah KUMPULAN B untuk makluman ibu bapa dan penjaga.

    Sekolah Kumpulan B dibuka semula pada 13.03.202 untuk Takwim Persekolahan Tahun 2023/2024

    Cuti Sekolah Disember 2022 (untuk Cuti Penggal 3 2022/2023)
    bagi sekolah KUMPULAN B

    10.12.2022 hingga 31.12.2022

    Catatan : Sekolah dibuka semula Sesi 2023/2024 pada 03.01.2023.

    Jumlah hari bersekolah pada bulan Januari 2023 & Februari 2023 bagi sekolah Kumpulan B adalah seperti berikut :-

    • Januari 2023 = 03.01.2023 hingga 31.01.2023 (18 hari sahaja)
    • Februari 2023 = 01.02.2023 hingga 17.02.2023 (13 hari sahaja)
    Jumlah hari bersekolah bagi KUMPULAN B sebanyak 31 hari sahaja. Manakala cuti bagi Penggal Akhir Sesi 2022/2023 bermula pada 18.02.2023 hingga 12.03.2023 (23 hari cuti).

    Sekolah Kumpulan B dibuka semula pada 13.03.2023 untuk Takwim Persekolahan Tahun 2023/2024.

    Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa dan penjaga merancang percutian bersama-sama keluarga. Takwim Persekolahan Tahun 2023/2024 akan dikemaskini nanti.




    Catat Ulasan

    [ADS] Bottom Ads

    Halaman

    Copyright © 2012-2023