Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Kampung People 3 Akan Datang Di Slot Lestary TV3

Author
Published Oktober 31, 2022
Drama Kampung People 3 Akan Datang Di Slot Lestary TV3
Drama Kampung People 3 Akan Datang Di Slot Lestary TV3 | Bakal memulakan siaran pada November 2022, menggantikan Drama Sentuhan Najwa. Drama baharu berjudul Kampung People 3 akan sekali lagi menghiasi Slot Lestary akan datang. Drama Kampung People 3 masih diterajui watak utama Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah dan Hun Haqeem sebagai tunggak utama. 

Untuk makluman, Kampung People untuk siri 1 pernah disiarkan di kaca televisyen menerusi Slot Lestary TV3 pada 11 Disember 2019 hinggan 8 Januari 2020. Bersiaran penuh sebanyak 13 episod sahaja.



Kampung People

Kampung People siri 1 boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran iQIYI (Kampung People Episod 1 - Episod 13 (Akhir). Setelah tamat di Slot Lestary Drama Kampung People disiarkan semula di TV9 bermula 18 November sehingga 9 Disember 2020.


Sinopsis Drama Kampung People 

Mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri yang hidup bersama anaknya dengan kekayaan wang ringgit. Namun duit tersebut hasil dari kerja yang tidak halal. 

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. 

Kemudian Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. 

Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. 

Demi menjaga keselamatan keluarganya, Razif membawa keluarganya ke kampung untuk menggelak dari Kumpulan Cengkih Manis. Mereka juga terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Namun paya mula, mereka tidak dapat menyesuaikan diri tinggal di kampung.

Ikuti kisah kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung dalam Kampung People siri 1 ini.



Pelakon utama Kampung People

  • Rashidi Ishak sebagai Razif/Abu Bakar
  • Elly Mazlein sebagai Mona/Aminah
  • Riena Diana sebagai Laila/Ruziah
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran/Adam
  • Hun Haqeem sebagai Jaafar

Pelakon pembantu Kampung People

Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
  • Namron sebagai Tuan Shuhaimi
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Ustaz Nadzeri Md Isa sebagai Tok Imam
  • Shahril Tajuldin sebagai Badrul Bisu
  • Mohd Hairul Masdol sebagai Amat
  • Hadi Putra sebagai Bobby

Setelah Kampung People menamatkan siaran, drama kesinambungan mulai ditayangkan dengan judul Drama Kampung People 2.


Drama Kampung People 2 mulai disiarkan 17 September 2022 menerusi Slot Lestary TV3. Malahan Kampung People 2 masih boleh ditonton secara strim di iQIYI Malaysia (Tonton Drama Kampung People 2 Episod 1 - Episod 13 (Akhir). Masih mengekalkan pelakon Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah dan Hun Haqeem sebagai pelakon utama siri tersebut. .

Drama Kampung People 2 merupakan kesinambungan dari drama Kampung People (Siar 2019) bermula 17 September 2020 menggantikan Drama Pink Smile.


Kampung People 2

Sinopsis Drama Kampung People 2

Razif, isterinya Mona dan anak-anak mereka Laila dan Yummy kembali kepada rutin kehidupan lama mereka di bandar setelah Tuan Suhaimi dipenjarakan dan kumpulan Cengkih Manis dibubarkan.

Namun satu lagi masalah yang berlaku kepada mereka. Mereka tidak mampu tinggal di bandar kerana Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan Razif tertekan bagi memasikan gaya hidup keluarganya terurus. 

Kerana rindu terhadap Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk berpindah kembali ke kampung namun bimbang Mona tidak bersetuju. Pelbagai usaha dilakukan oleh Laila, keluarganya mula bersetuju untuk kembali ke kampung. 

Geng Cengkih Manis kembali mencari Razif dan keluarganya. Mereka ingin membalas dendam terhadap Razif kerana membongkar rahsia mereka menyebabkan mereka ditahan.

Akhirnya Geng Cengkih Manis berjaya ditumpaskan. Walaupun banyak halangan untuk Jaafar dan Laila berkahwin, mereka gembira kerana mereka tidak lagi berada dalam ancaman Geng Cengkih Manis. 

Laila gembira kerana hubungannya dengan Jaafar makin bertambah baik dan mesra.

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023