Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Jesnita Slot Tiara Tampil Gandingan Intan Najuwa & Yusuf Bahrin

Author
Published Oktober 30, 2022
Drama Jesnita Slot Tiara Tampil Gandingan Intan Najuwa & Yusuf Bahrin

Drama Jesnita Slot Tiara Tampil Gandingan Intan Najuwa & Yusuf Bahrin : Drama baru dengan judul Jesnita akan disiarkan menerusi Slot Tiara mulai 07 November 2022. Drama Jesnita tampil gandingan Intan Najuwa & Yusuf Bahrin sebagai teraju utama. 

Drama Jesnita akan bersiaran penuh sebanyak 40 episod. 


  • Drama Jesnita - Slot Tiara
  • Ganti Drama Takdir Cinta Dhia
  • Mulai siar : 07 November 2022
  • Jumlah Episod Penuh : 40 Episod
  • 6.00 petang, Setiap Isnin hingga Jumaat


Jangan lupa menonton drama siri berantaian Jesnita,  40 episod di Astro Prima. 

Drama hasil terbitan Zeel Production, diarahkan oleh Emi Suffian yang menampilkan gandingan pelakon popular Intan Najuwa dan Yusuf Bahrin sebagai pelakon utama. Turut menampilkan pelakon Nasha Aziz, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan dan ramai lagi.


Senarai Watak Pelakon Drama Jesnita 

  1. Intan Najuwa sebagai Jesnita
  2. Yusuf Bahrin sebagai Rafael
  3. Malek Mccrone sebagai Zaid
  4. Fikry Ibrahim sebagai Zainal
  5. Nasha Aziz sebagai Syafinaz
  6. Nina Smith sebagai Dayana
  7. Hafidz Roshdi sebagai Aidil
  8. Rozita Che Wan sebagai Rosemilla
  9. Zachery Franz sebagai Fauzi
  10. Aqil Taqee sebagai Iskandar
  11. Fatiya Latiff sebagai Aurora
  12. Ezaidi Aziz sebagai Salaam
  13. Ani Maiyuni sebagai Seri
  14. Putri Dellyna sebagai Bella
  15. Lydia Saimon sebagai Hayati
  16. Fendi Seman sebagai Pak Din
  17. Mak Jah sebagai Mak Yam
  18. Natasha Azizan sebagai Aina
  19. Fiza Thomas sebagai Electra Marcos

Sinopsis Drama Jesnita

Drama Jesnita memaparkan kisah seorang gadis muda yang mendambakan kekayaan. Baginya kekayaan harta wang ringgit yang akan membahagiakannya. 

Jesnita berkahwin dengan Zaid kerana inginkan kekayaan Zaid. Namun Zaid disahkan muflis. Perkara tersebut menakutkan Jesnita dan dia tidak mahu hidup dengan kemiskinan. Jesnita meninggalkan Zaid untuk mengejar sanggup melakukan apa saja demi hidup dalam kekayaan dan kemegahan. 

Malahan Jesnita  sanggup mempermainkan perasan suaminya Zaid dan kemudiannya memilih mengahwini Rafael. Akan tetapi Jesnita tidak mengetahui bahawa dia adalah isteri kedua Rafael. Seteh berkahwin dengan Rafael baru Jesnita mengetahui rahsia tersebut.

Namun, kebahagiaannya tidak kekal lama. Hidupnya dicengkam amarah dan dendam bekas ibu mertuanya, Syafinaz.

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023