Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Tiada Maaf Buatmu Slot MegaDrama Lakonan Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson

Author
Published Oktober 21, 2022
Drama Tiada Maaf Buatmu Slot MegaDrama Lakonan Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson

Drama Tiada Maaf Buatmu Slot MegaDrama Lakonan Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson | Slot MegaDrama kali ini dengan judul  Tiada Maaf Buatmu merupakan drama adaptasi daripada novel Maaf, Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki. 

Drama Tiada Maaf Buatmu  terbitan Suhan Movies & Trading diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan gandingan semula pasangan popular Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson selepas bergelar suami isteri. 

Drama Tiada Maaf Buatmu mengisahkan kehidupan seorang gadis yang telah dinoda. Namun beliau hilang ingatan dan tidak mengingati kisah silamnya. Sekali lagi dia dipertemukan dengan lelaki yang pernah menodainya, yang juga bos di tempat kerjanya.


MegaDrama Tiada Maaf Buatmu

Drama Tiada Maaf Buatmu
24 Episod Penuh
Mulai Siar : 28 September 2022
Isnin-Khamis, 10:00 malam
Astro Ria slot MegaDrama

Lagu OST Drama Tiada Maaf Buatmu : Hael Husaini - Sama Seperti Dulu

Senarai Pelakon 
Drama Tiada Maaf Buatmu

  1. Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal
  2. Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka
  3. Hafreez Adam sebagai Mohsin
  4. Sofia Dendroff sebagai Suzy
  5. Watie Sadali sebagai Mariam
  6. Wan Raja sebagai Burn
  7. Haleeda sebagai Mak Safiah
  8. Josiah Hogan sebagai Rashid
  9. Dato Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim
  10. Hilal Azman sebagai Pak Malek
  11. Wanns Ahmad sebagai Black
  12. Ummar Dzariff sebagai Faiz
  13. Zamarul Hisham sebagai Dato Mazlan


Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu

Mengisahkan seorang gadis bernama Aina Cempaka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu, akibat daripada kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam.


Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu.


Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya.


Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy. Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal.


Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri.


Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini.


Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing?


Sinopsis novel Maaf, Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki

“Tak guna punya Mat Bangla! Lu buat apa dalam kain gua, hah???” – Aina Cempaka “Adoi, sakitlah bongok!” – Faiz Iqbal “Lu jangan main-main sama wa. 

Nanti wa report sama polis baru lu tau!” –Aina Cempaka Kerana Mohsin punya angkara, itulah detik pertemuan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal. Siapa sangka, Mat Bangla yang diherdik itu rupa-rupanya bakal majikannya. 

Pada hari pertama di tempat kerja baru, Aina Cempaka tak tahu mana nak sorok muka. Majalah juga jadi mangsa. “... resume kau dah ada kat dalam fail ni! Dahlah tu, tak payahlah nak cover muka kau tu lagi...” – Faiz Iqbal Faiz Iqbal memang selamba. “Encik Iqbal nak pecat saya ke?” – Aina Cempaka “Pecat? Kenapa pulak aku mesti pecat kau?” – Faiz Iqbal Dulu Faiz Iqbal menggeletar dengan perempuan cantik. Sebab itulah ramai sudah setiausahanya dipecat. Menggeletar??? Sebab Faiz Iqbal memang ada kisah silam. Dia trauma. 

Lantaran itu hidupnya bertemankan arak bagi menenangkan jiwa. Tuhan? Dia sudah lupa. Tapi dengan Aina Cempaka dia jadi selesa. Bukan sebab Aina Cempaka tak cantik tetapi ada debaran dalam dada yang mula bergema. Saat hati mula berbunga, rahsia lama tersingkap pula. 

Dialah sebenarnya parut berbekas itu. Kerana rasa bersalah, Aina Cempaka harus dijauhi. Namun, ketiadaan Aina Cempaka pula membuatkan hidupnya jadi tunggang-langgang. 

Faiz Iqbal lebih rela hidup gelandangan. Merempat di tepi jalan. Berat sangatkah rahsia yang tersimpan? “Saya minta maaf. Saya lelaki pengecut. Tak guna! Gagal jadi manusia. 

Saya hanya layak jadi parut dalam hidup awak, Aina Cempaka.” – Faiz Iqbal Mampukah Aina Cempaka memaafkannya? Bersatukah dua jiwa saat orang ketiga mula menggila?

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023