Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Slot Lestary Drama Sentuhan Najwa Lakonan Afifah Nasir, Alif Muhaimin & Ryry Ryun | Sinopsis Drama

Author
Published Oktober 24, 2022
Slot Lestary Drama Sentuhan Najwa Lakonan Afifah Nasir, Alif Muhaimin & Ryry Ryun | Sinopsis Drama

Slot Lestary Drama Sentuhan Najwa Lakonan Afifah Nasir, Alif Muhaimin & Ryry Ryun | Sinopsis Drama : Drama baru dengan judul Sentuhan Najwa akan mengantikan Drama Adakah Engkau Menungguku menerusi tayangan Slot Lestary TV3. Mulai ditayangkan 26 Oktober 2022 (Rabu), 9.00 malam di tv3. 

Sentuhan Najwa memaparkan kisah kehidupan sorang gadis yang menghidap HIV sejak kecil lagi. Namun Najwa seorang pelajar yang pintar dan dia melanjutkan pengajian di kolej yang sama Raihana. Raihana antara tukang buli yang sentiasa menghina Najwa. 

Sentuhan Najwa akan bersiaran sebanyak 13 episod penuh dan dibintangi gandingan  Afifah Nasir, Alif Muhaimin dan Ryry Ryun sebagai tunggak utama. Drama Sentuhan Najwa boleh ditonton menerusi Disney+Hotstar Malaysia - https://www.hotstar.com/my/tv/sentuhan-najwa/1260119249

Slot Lestary Sentuhan Najwa

Sentuhan Najwa - Slot Lestary
13 Episod 
26 Oktober 2022, Rabu hingga Sabtu
9.00 Malam - TV3


Sinopsis Sentuhan Najwa - Slot Lestary 

Najwa seorang remaja HIV positif menjalani hidupnya, sering menjadi sasaran buli di sekolah, tanpa mengeluh atau mengeluh mengenainya. 


Najwa yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. 


Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman yang mempunyai perasaan terhadapnya.


Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. 

Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu.

 Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya? Mampukah Najwa berjaya mengharungi setiap halangan yang dilaluinya?

Sentuhan Najwa boleh ditonton mulai 26 Oktober 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3, atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023