Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Slot Zehra Drama Teratai Kemboja Lakonan Fasha Sandha, Adi Putra & Elly Mazlein

Author
Published Oktober 24, 2022
Slot Zehra Drama Teratai Kemboja Lakonan  Fasha Sandha, Adi Putra & Elly Mazlein

Slot Zehra Drama Teratai Kemboja Lakonan  Fasha Sandha, Adi Putra & Elly Mazlein  |  Drama Teratai kemboja antara drama yang pilihan admin. Drama ini mengisahkan kehidupan lelaki kaya yang kurang kasih sayang seorang isteri. Isterinya sibuk dengan urusan duniawi hinggakan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Malahan si isteri tidak mahukan anak sedangkan suaminya menginginkan zuriatnya sendiri.

Drama Teratai Kemoja pernah disiarkab pada 13 April 2018 dan menamatkan siaran pada 12 Jun 2018. Drama ini disiarkan menerusi Slot Zehra TV3.  Teratai Kemboja dibintangi oleh Fasha SandhaAdi Putra dan Elly MazleinDrama Teratai Kemboja bersiaran penuh sebanyak 21 episod sahaja. 

Drama Teratai Kemboja sehingga kini masih boleh ditonton >> https://www.tonton.com.my/



Drama Teratai Kemboja
21 Episod Penuh
Slot Zehra TV3
Mulai Siaran : 13 April 2018 
Setiap Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam di TV3


Sinopsis Drama Teratai Kemboja

Mengisahkan mengenai Fikri (Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. 


Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.


Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. 


Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.


Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. 


Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.


Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. 


Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.


Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. 


Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. 


Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023