Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Tarikh Mengundi PRU-15 Dan Cara Semakan Daftar Mengundi

Author
Published Oktober 26, 2022
Tarikh Mengundi PRU-15 Dan Cara Semakan Daftar Mengundi

Tarikh Mengundi PRU-15 Dan Cara Semakan Daftar Mengundi : Pilihan Raya Umum Malaysia 2022 akan dijalankan pada 19 November 2022 akan datang setelah parlimen dibubarkan pada 10 Oktorber 2022 yang lepas. Berikut adalah tarikh-tarikh penting PRU-15 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Hanya berbaki berapa hari sahaja lagi untuk rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab kepada negara. 

Berikut adalah tarikh-tarikh penting PRU-15 2022 untuk makluman anda.

  1. Tarikh Penamaan Calon - 05 November 2022
  2. Tarikh Pengundian Awal - 15 November 2022
  3. Tarikh Hari Mengundi - 19 November 2022


Sudahkan anda bersedia untuk jalankan tanggungjawab anda kepada negara ini. Jika sudah, bolehlah menyemak lokasi tempat mengundi anda di pautan ini > https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih


Siapakah yang layak mengundi ? Ini adalah kelayakan bagi mereka yang turun mengundi. 

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur 18 tahun ke atas;
c. Menetap di alamat seperti di kad pengenalan; dan
d. Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang.

Sejak tahun 2021, individu berumur 18 tahun ke atas telah didaftar secara automatik untuk mengundi. Cuma yang anda lakukan hanya semak lokasi / tempat anda mengundi bagi memudahkan urusan anda di PRU-15 2022 akan datang.

Cara Semak Daftar Mengundi



  1. Klik Pautan ini > https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih
  2. Kemudian masukan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa sebarang simbul  "-" atau jarak.
  3. Masukan CAPTCHA yang diberikan.
  4. Akhir sekali, tekan SEMAK.
Selesai tekan SEMAK, maklumat anda dan pusat mengundi. Jangan lupa cetak bagi memudahkan hari undi nanti.

Sekiranya terdapat kesilapan maklumat atau perubahan lokasi pusat mengundi, Pemilih boleh membuat pengemaskinian alamat tersebut dengan pihak JPN. Seterusnya, pemilih hendaklah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dengan SPR di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan, Pejabat Pos atau melalui MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my.


1 ulasan

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023