Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Seram Thriller Tayangan VIU ORIGINAL

Author
Published Oktober 25, 2022
Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Seram Thriller Tayangan VIU ORIGINAL

Drama Nenek Bongkok Tiga, Drama Seram Thriller Tayangan VIU ORIGINAL | Drama Seram Thriller ini kemungkinan akan ditayangkan pada tahun 2023 akan datang. Drama Nenek Bongkok Tiga, menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis dan Rykarl Iskandar. Turut menampilkan Datin Sofia Jane dan Sherie Merlis sebagai tunggak utama. 

Drama Nenek Bongkok Tiga menyelitkan permainan masyarakat melayu seperti batu seremban dan enjit-enjit semut. 



Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga 

Nenek Bongkok Tiga mengisahkan tentang lapan individu yang dijadikan sebagai tebusan Bukit Lurah yang terkenal dengan kisah orang hilang. Namun misteri tersebut tidak menakutkan mereka. Malahan mereka ingin juga masuk ke kawasan Bukit Lurah tersebut. 

Di Bukit Lurah tersebut, terdapat rumah yang didiami oleh seorang nenek dan mendakwa kumpulan tersebut telah menceroboh kawasan makhluk bergelar "Tuan Tanah". Mereka harus menyelesaikan beberapa perkara sekiranya ingin keluar dari kediaman tersebut dengan selamat.

Namun, kesemua mereke yang terangkap pada awalnya berkerjasama menyelesaikan cabaran yang diberikan oleh "Tuan Tanah", tetapi akhirnya mereka mengkhianati antara satu sama lain bagi menyelamatkan diri. 

Dalam terdesak untuk keluar dari Bukit Lurah tersebut, satu persatu rahsia besar Bukit Lurah mula terjawab. 

Sebenarnya apakah rahsia dan misteri Bukit Lurah tersebut? Berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa. Misteri dan rahsia Bukit Lurah terjawab jika anda menonton Drama Nenek Bongkok Tiga yang akan ditayangkan di VIU ORIGINAL.


Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023