Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Gandingan Anna Jobling Dan Amar Baharin Drama Terima Kasih Cinta Slot Akasia Terbaru

Author
Published November 28, 2022
Gandingan Anna Jobling Dan Amar Baharin Drama Terima Kasih Cinta Slot Akasia Terbaru

Gandingan Anna Jobling Dan Amar Baharin Drama Terima Kasih Cinta Slot Akasia Terbaru | Slot Akasia baharu dengan judul Terima Kasih Cinta. Drama adaptasi novel karya Aisya Sofea akan memulaikan siaran 30 November 2022. Drama Terima Kasih Cinta menampilkan gandingan Anna Jobling dan Amar Baharin sebagai tunggak utama.

Drama Terima Kasih Cinta, drama yang menggantikan Drama Wanita Milik Tuan Putra. Drama Terima Kasih Cinta mengisahkan kehidupan seorang gadis yang terpaksa mengahwini lelaki yang tidak dicintainya kerana dua anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu. Mampukah perkahwinan mereka bertahan jika dalam hati masing-masing tidak cinta dan sayang. Namun dikala mereka menolak tidak ingin menyintai, lantas terbit rasa cinta dan sayang dalam hati masing-masing. 

Mampukan Ann dan Haris bahagia....ikuti kisah mereka dalam Terima Kasih Cinta yang akan bersiaran menerusi Slot Akasia TV3.


Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta

Pertemuan An dengan dua anak kecil Yaya dan adiknya Lea membawa pertelingkahan dan perselisihan faham antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki bongkak dan sombong itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya.

Malah Harris memberi amaran pada An untuk tidak lagi mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi Yaya dan Lea. Anak kecil itu belum pandai hidup berdikari. Mereka tetap mengharapkan belas dari An.

Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi; ibu saudara An, untuk menjaga kedua anaknya itu tatkala dia bertugas malam.

Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An. Razlan bukan lagi cinta hatinya kerana lelaki itu tidak pernah berani mengota janjinya.

Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menjadikan An mommy mereka. Harris bukan lelaki idaman An, jauh sekali untuk dijadikan suami.

Biarpun usia An sudah menginjak 33 tahun, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujang. Apakah akan jadi pada rumahtangga mereka jika kasih sayang tidak akan wujud di antara mereka?

Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukan segalanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya?


Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023