Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Contoh Menulis Surat Pengesahan Ketua Jabatan / Majikan Untuk Kegunaan Rasmi atau Tidak Rasmi

Author
Published Oktober 28, 2022
Contoh Menulis Surat Pengesahan Ketua Jabatan / Majikan Untuk Kegunaan Rasmi atau Tidak Rasmi

Contoh Menulis Surat Pengesahan Ketua Jabatan / Majikan Untuk Kegunaan Rasmi atau Tidak Rasmi | Bekerja di agensi kerajaan atau swasta, anda perlu tahu cara yang betul untuk menulis Surat Pengesahan Ketua Jabatan / Majikan bagi urusan tertentu. 

Memandangkan Pendaftaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu 2023 sekolah menengah akan dibuka pada bulan November ini, admin ingin berkongsi cara yang betul menulis Surat Pengesahan Ketua Jabatan / Majikan.

Untuk makluman anda, Surat Pengesahan Ketua Jabatan / Majikan ini diperlukan sekiranya anak anda ingin memilih sekolah lain dari senarai yang ditentukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. 



Surat Pengesahan Ketua Jabatan / Majikan ini juga boleh digunakan bagi Urusan Temuduga.

Berikut adalah Contoh Surat Pengesahan Ketua Jabatan / Majikan - Untuk Urusan Rasmi


Pengetua,
SMK Sacred Heart Sibu,
96000 Sibu

Ybhg.Datuk,/Tuan,         

SURAT PENGESAHAN MAJIKAN           

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.         Adalah dengan ini kami mengesahkan bahawa pegawai tersebut di bawah adalah kakitangan yang berkhidmat di SK SACRED HEART (M) SIBU. Berikut butir-butir perkhidmatan beliau untuk makluman dan rekod pihak tuan.     

                        Nama Pegawai : 
                        No. Kad Pengenalan : 
                        Jawatan/ Gred : 
                        Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah : 
                        Taraf Jawatan : 


Kerjasama Ybhg. Datuk/Tuan dalam perkara ini amat kami dihargai.

Sekian, terima Kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


(Nama Majikan/ Ketua Jabatan)
Guru Besar,
SK Sacred Heart (M) Sibu
96000 Sibu.


Berikut adalah contoh menulis Surat Pengesahan Ketua Jabatan/ Majikan bagi urusan tertentu. Urusan rasmi anda perlu menggunakan surat jabatan (rujuk gambar atas).






                                                                                                         

 

 

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023