Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Adakah Engkau Menungguku Gandingan Adam Lee & Wanna Ali - Slot Lestary

Author
Published Oktober 17, 2022
Drama Adakah Engkau Menungguku Gandingan Adam Lee & Wanna Ali - Slot Lestary

Drama Adakah Engkau Menungguku Gandingan Adam Lee & Wanna Ali - Slot Lestary | Ikuti drama bersiri Adakah Engkau Menungguku di Slot Lestary TV3. Drama bersiri 15 episod ini tampil dengan gandingan pelakon utama Adam Lee dan Wanna Ali. 

Drama Adakah Engkau Menungguku disiarkan menerusi slot Lestary di TV3 bermula 29 September 2022, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9:00 malam.

Drama Adakah Engkau Menungguku ialah sebuah siri drama televisyen yang menggantikan Drama Cinta Buat Dara.



Drama Adakah Engkau Menungguku
Jumlah Episod: 15 Episod
Mulai Siar : 29 September 2021
Setiap Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Slot Lestary TV3

Lagu OST: Sayang Kau Tercipta - Aziz Harun


Senarai Pelakon 
drama Adakah Engkau Menungguku 
  • Wanna Ali sebagai Ariana
  • Adam Lee sebagai Ikmal Hanafi
  • Neera Azizi sebagai Lara Sofea
  • Farhan Asri sebagai Azman Malek
  • Nabil Aqil sebagai Reza
  • Syafi Tee sebagai Zain
  • Wani Kayrie sebagai Tina
  • Bella Astillah sebagai Maya
  • Sherry Ibrahim sebagai Maksu Aini
  • Wan Nor Azlin sebagai Datin Fauziah
  • Enot sebagai Mak Long
  • Elanie Aidid sebagai Suzie
  • Fiza Thomas sebagai Lisa
  • Ameerul Asyraf sebagai Syukri
  • Lan Zailan sebagai Uncle Bob
  • Ahmad Syafiq sebagai Adib
  • Rosli Rahman Adam sebagai Dr Love


Sinopsis Adakah Engkau Menungguku

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023