Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 - Episod 15 (Akhir) Lakonan Zamarul Hisyam & Bella Astillah - Slot Samarinda | Sinopsis Drama

Author
Published Oktober 25, 2022
Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 - Episod 15 (Akhir) Lakonan Zamarul Hisyam & Bella Astillah - Slot Samarinda | Sinopsis Drama

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 - Episod 15 (Akhir) Lakonan Zamarul Hisyam & Bella Astillah - Slot Samarinda | Sinopsis Drama : Drama Aku Tanpa Cintamu telah menamatkan siaran dan digantikan dengan Drama Suri, Slot Samarinda TV3. 

Drama Aku Tanpa Cintamu bersiaran 15 episod penuh. Memula siaran pada 15 September 2022 yang lepas dan drama ini masih boleh ditonton menerusi aplikasi Disney+Hotstar Malaysia >> https://www.hotstar.com/my/tv/aku-tanpa-cintamu/1260112717  

(Aku Tanpa Cintamu Episod 1 hingga Episod 15 (Episod Akhir)


Aku Tanpa Cintamu tampil gandingan Zamarul Hisyam dan Bella Astillah sebagai tunggak utama.


Aku Tanpa Cintamu Slot Samarinda TV3

Drama Aku Tanpa Cintamu - Slot Samarinda
15 Episod 
Mulai Siar : 15.09.2022 
Isnin - Khamis, 10.00 malam TV3


Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu

Nuha seorang gadis yang amat meminati kerjaya sebagai seorang pelakon. Malahan Nuha berharap agar dia menjadi seorang pelakon yang bercita-cita tinggi. Namun akhir terjerat jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam yang kemudian mengawal hidupnya. 

Setiap gerak geri Nuha, diadur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya?


Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. 


Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan menyakinkan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk menjadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat. Pada mulanya, perkahwinan Nuha dengan Adam mendapat tentangan daripada ahli keluarganya. Akibat Nuha nekad untuk berkahwin dengan Adam, ibu bapa Nuha terpaksa akur dan mendoakan Nuha bahagia bersama Adam. 

Pada mulanya, perkahwinan mereka sangat bahagia. Adam melayani Nuha sebaik mungkin. Ibu bapa Nuha pun telah menerima Adam kerana kebaikannya terhadap Nuha.


Setelah hidup bersama Adam, Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Keganasan yang dilakukan oleh Adam terhadapnya, disimpan sebaik mungkin kerana Adamlah cinta pertamanya dan berharap suatu hari Adam akan berubah.


Tetapi Adam sama sekali tidak berubah. Nuha hidup ketakutan dan emosi terganggu. Nuha kemudiannya nekad untuk bebas dari Adam.


Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.



Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023